CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4013|Reply: 3

"Saya Cintakan Negara", Bukan Main Cakap Saja!

[Copy link]
Post time 18-9-2015 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO

sumber foto : https://biswardihasbi.files.wordpress.com/



Mencintai negara adalah manifestasi cinta yang teragung selain cinta kepada ibu bapa, agama dan bangsa, kita juga harus sayang kepada diri sendiri serta alam sekitar.


Difahamkan juga Agama Islam sangat menggalakkan umatnya mencintai negara.


Semangat cinta negara mesti dididik sejak di bangku sekolah lagi dan disuburkan dalam jiwa rakyat secara berterusan.



sumber foto : http://img.astroawani.com/



Rasa cintakan negara akan menjadikan setiap rakyat merasa bertanggungjawab untuk memajukan negara dalam pelbagai bidang sama ada sosial, ekonomi, politik, agama, budaya, sastera atau pendidikan.


Penggubalan Perlembagaan Malaysia membuktikan wujud semangat toleransi, rela berkongsi kuasa, sedia berkorban, saling memahami dan bersatu-padu antara berbilang kaum, agama dan budaya.



sumber foto : http://www.themalaysiantimes.com.my/



Memahami apa yang tersurat dan tersirat dalam Perlembagaan sangat penting bagi memupuk rasa cinta rakyat terhadap negara.


Melaluinya akan wujud persefahaman, keinginan dan keupayaan untuk mencapai perubahan dan yang lebih mustahak, kesungguhan membina maruah dan harga diri.


Bagi bangsa yang telah lama tertekan dan berada dalam kongkongan, penjajahan kemerdekaan adalah pembebasan menonjolkan kedaulatan bangsa dalam pelbagai bidang.



sumber foto : http://cdn.theborneopost.com/



Apa yang kita nikmati sekarang adalah berkat kesabaran dan kita harus bersyukur dengan nikmat negara yang merdeka, aman makmur dan sejahtera.


Jika tidak ada semangat tersebut, maka akan hilanglah rasa cintakan negara dan semangat patriotisme.


Melalui kekuatan beragama akan timbul semangat patriotisme dan dapat mewujudkan agenda penting iaitu agenda pembinaan bangsa.


Pemupukan rasa cinta ini perlu berlaku secara berterusan dan bukan hanya pada tarikh tertentu sahaja.





sumber foto : http://img.astroawani.com/



Unsur cintakan negara perlu disemai di kalangan generasi muda, khususnya dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia.


Nilai-nilai cintakan negara seperti kesetiaan, keberanian, rela berkorban dan kesukarelaan perlu dipertingkatkan bagi membentuk rakyat Malaysia yang patriotik dan bertanggungjawab kepada bangsa dan tanah air. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2015 04:14 PM | Show all posts
semangat partriotisme... tp jgn smpi buta sgt hati tu xnmpk lg kepincangan dlm negara. sekian...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sepak jugak spam lucah ni kang
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 06:46 PM | Show all posts
Loo sendiri punya syarahan ka ini ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.039328 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list