Lauk singgang sangat popular di pantai timur Malaysia dan ia dikatakan sebagai pembuka selera. Menjelang musim perayaan Hari Raya Korban, daging singgang pasti menjadi menu utama kerana masakan singgang lebih mudah disediakan berbanding memasak gulai lemak ataupun kari. Rasa kuahnya yang sedikit masam membangkit selera dan lebih enak jika dimakan bersama nasi, sambal belacan dan timun.
Cara penyediaan dan masakannya juga mudah dan ringkas saja.
SINGGANG DAGING
Resepi Oleh : Chef Hanieliza
Rujukkan : 1 Hari 1 Resepi
Terbitan : PTS Millennia Sdn. Bhd
500 gm daging
3 keping asam gelugur
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
4 inc lengkuas ~ hiris
3 inc kunyit hidup ~ di hiris
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
10 biji cili padi ~ belah 2
garam secukup rasa
air secukupnya
Daging di hiris nipis dan cuci bersih
Ketumbar dan jintan manis di tumbuk kasar
Masukkan semua bahan kecuali garam dan cili padi ke dalam periuk
Rebus hingga daging empuk
Masukkan cili padi dan perasakan dengan garam
Hidangkan dengan nasi putih dan sambal belacan