CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5088|Reply: 50

[Tempatan] Pakatan Harapan Terbentuk

[Copy link]
Post time 22-9-2015 02:27 PM | Show all posts |Read mode
SUBANG JAYA: Pakatan Pembangkang mengumumkan penubuhan pembangkang baharu dikenali Pakatan Harapan tanpa membabitkan PAS, berkuat kuasa serta-merta.

Dengan penubuhan pakatan baharu itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai calon perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum akan datang. Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, berkata pakatan baharu itu dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN). Beliau berkata, sebuah jawatankuasa khas yang diwakili setiausaha agung dan wakil setiap parti akan ditubuhkan untuk memperhalusi terma penubuhan Pakatan Harapan termasuk perjanjian, dasar bersama dan etika kerja bersama.


"Mulai hari ini, Pakatan Harapan akan berfungsi sepenuhnya sebagai pakatan politik yang jitu untuk membela rakyat dan berdepan dengan UMNO," katanya pada sidang media selepas persidangan meja bulat pakatan pembangkang di sini, sebentar tadi. Diminta mengulas penyertaan parti lain dalam Pakatan Harapan, Dr Wan Azizah berkata, mereka mengalu-alukan dan turut membukanya termasuk kepada PAS.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/83766


so Pas dah boleh jd pembangkang ke belum kat Selangor?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2015 02:30 PM | Show all posts
PKR kekal rakan tahaluf PAS biarpun PR ditamatkan - Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR: PKR masih kekal rakan tahaluf kepada PAS biarpun Pakatan Rakyat yang dibentuk sebelum ini sudah ditamatkan hari ini. Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata biarpun mereka tiada kerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH), kerjasama dengan pembangkang masih diteruskan. Ia termasuk katanya, dalam isu yang membabitkan kepentingan rakyat dan menentang salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan dana awam.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, PAS menghargai jemputan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali ke meja bulat pembangkang. Bagaimanapun, PAS memilih untuk tidak menghadiri mesyuarat terbabit yang membuat keputusan penubuhan Pakatan Harapan menggabungkan DAP, AMANAH dan PKR, menggantikan Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Perjumpaan antara PAS dan PKR akan diadakan dari semasa ke semasa dan sentiasa menilai apa juga isu antara kedua parti sebagaimana yang ditegaskan oleh Presiden PAS," katanya.

Pembangkang mengumumkan penubuhan pakatan baharu dikenali Pakatan Harapan tanpa membabitkan PAS, berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Dengan penubuhan pakatan baharu itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai calon perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum akan datang. Ia diumumkan Azizah pada sidang media selepas persidangan meja bulat pembentukan pakatan pembangkang baharu di Subang Jaya, hari ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/83773


PRU nanti Pas akan bertanding kat kawasan yang ditandingi Amanah ngan Dap ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Anwar bwrahim bukan dalam jail ka?Nak jadi PM camner? Kalau keluar pun dah tua ganyut, elok retire jer la.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 02:59 PM | Show all posts
Edited by akusukaq at 22-9-2015 07:05 AM

Dah tak ada clalon pm yg lain ke.
Kalau azmin , mat sabu , lge pun apa jelek nya
Sudah sudah le tu selagi pilih ketum mcm elohim tak restu ngituwKut harapan makin kelabu
Pertandingan dah jadi 3 penjuru
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 03:02 PM | Show all posts
kekekek replied at 22-9-2015 02:56 PM
Anwar bwrahim bukan dalam jail ka?Nak jadi PM camner? Kalau keluar pun dah tua ganyut, elok retire j ...

ketandusan pemimpin dalam pakatan...
terpaksa calonkan jugak yg dlm jail...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 03:06 PM | Show all posts
balik balik ketum jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2015 03:07 PM | Show all posts
Lantak lah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 22-9-2015 03:02 PM
ketandusan pemimpin dalam pakatan...
terpaksa calonkan jugak yg dlm jail...

Tu la pasal. Aku rasa yang lain Dap, Amanah belum decide lagi tapi si Wan Azizah dah hijack ikut suka dia gi announce pilih laki sendirik jadi pm. Mental tul minah ganyut ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2015 03:07 PM | Show all posts
akusukaq replied at 22-9-2015 02:59 PM
Dah tak ada clalon pm yg lain ke.
Kalau azmin , mat sabu , lge pun apa jelek nya
Sudah sudah le  ...

bg la org tua tu merasa jd pm..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 03:22 PM | Show all posts
Bagus PAS duduk sendiri juga... Kalu tak, saya pon tak tau mana mau pangkah nex punya PRU... silap ari bulan, saya tak kuluar mengundi juga... tapi sikarang saya suda ada parti mau kasi pangkah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 03:24 PM | Show all posts
harapan? mcm x yakin je...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 03:24 PM | Show all posts
Elok2 TSKI ada sebelum ni, korang singkirkan... Kan dah takdak calon lain tu.. Balik2 ketum jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 03:28 PM | Show all posts
Aku terbayang LGE jadi PM n umah Melayu kembali ke kampong bawa bajak...rupa2nya ada lagi Melayu yg mudah dikeldaikan oleh DAPANWAR
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 03:47 PM | Show all posts
DeMax replied at 22-9-2015 03:28 PM
Aku terbayang LGE jadi PM n umah Melayu kembali ke kampong bawa bajak...rupa2nya ada lagi Melayu yg  ...

tak mungkin LGE jadi PM
tapi kalau
PM boneka LGE...itu mungkin... = LGE jadi PM.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 03:50 PM | Show all posts
gumbira haku tengok Pakatan(Takdak - bak kata Lim Sian See) Harapan terbentuk.. lagi2 tulang blkg adalah Mat Sabu, LGE ngan Wan Azizah.. ditambah perisa Anwar bakal PM... alhamdulillah... satu rahmat besar buat UMNO BN...  setakat Tuan Man nak cakap bg pihak PAS mmg takder maknanya.. dia adalah salah sorang puak Anwarinas yg masih tinggal utk spy PAS
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 03:53 PM | Show all posts
tak lalu nak bayangkan mat sabu jadik pm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2015 03:55 PM | Show all posts
Bagaimanapun, PAS memilih untuk tidak menghadiri mesyuarat terbabit yang membuat keputusan penubuhan Pakatan Harapan menggabungkan DAP, AMANAH dan PKR, menggantikan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Tindakan yang bagus..macam ini lah baru ada maruah,keyakinan diri sendiri dan harga diri jangan hanya jadi pak turut yang boleh di suruh suruh dan di bentak bentak..Pas mesti jadi leader dalam pakatan bukannya Dap or Pkr...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 03:55 PM | Show all posts
Lawak sgguh politik mesia..sekor kes punah duit rakyat.sekor lg pecah belah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 03:56 PM | Show all posts
Harapannn
Harapan  menjadi layuuuu
Lagu hit tahun lalu
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 03:59 PM | Show all posts
PAKATAN HARAPAN adalah harapan rakyat Malaysia.
Terima kasih kepada:-

YB DATO’ SERI DR WAN AZIZAH ISMAIL
Ketua Pembangkang
Presiden KEADILAN

YB SAUDARA LIM KIT SIANG
Ketua Parlimen DAP

YBhg HAJI MOHAMAD SABU
Presiden AMANAH
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.107442 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list