Dakwaan penipuan ujian pelepasan toksik kereta keluaran kumpulan Volkswagen AG melibatkan sekitar 11 juta unit yang menggunakan enjin jenis EA 189.
Dalam satu kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Volkswagen, syarikat Jerman itu turut menegaskan model baharu yang menggunakan enijn diesel EU6 yang kini berada di pasaran mematuhi peraturan standard alam sekitar Eropah.
Syarikat pembuat kereta Jerman itu turut mengumumkan simpanan dana sekitar AS$7.3 bilion untuk melindunginya akibat kejatuhan berikutan skandal yang menjejaskan reputasi Volkswagen.
Skandal penipuan Volkswagen terhadap ujian pelepasan toksik yang dijalankan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) didedahkan Jumaat lalu.