CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2520|Reply: 7

Tips Kurangkan Jerawat, Mudah Je Tak Tipu

[Copy link]
Post time 30-9-2015 11:40 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ



Gambar Hiasan



Masalah jerawat merupakan antara musuh utama setiap insan. Bagi yang mempunyai masalah jerawat, mereka akan merasakan bahawa keyakinan diri mereka mula kurang. Namun usahlah gusar kerana setiap penyakit pasti ada penawarnya.


Jerawat berlaku kerana pelbagai faktor antaranya perubahan hormon, keturunan (genetik), tekanan, cuaca dan makanan.


Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan jerawat :


1. Ambil wuduk sebelum tidur.


2. Pastikan diri berwuduk sepanjang masa.


3. Elakkan diri daripada tekanan.


4. Pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup.


5. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku kerana ia akan menyebabkan jerawat menjadi bengkak, merah dan berparut (radang).


6. Berdisiplin dalam menggunakan pencuci muka dan ubat.


7. Pastikan pencuci muka anda betul-betul sesuai dengan kulit muka.


8. Pastikan tangan anda sentiasa bersih kerana jika tangan kotor (mempunyai bakteria), maka ia akan memindahkan bakteria ke muka apabila anda menyentuh muka.


9. Pastikan kain pengelap muka anda sentiasa bersih dan lembut.


10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.


11. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.


12. Elakkan dari membuat atau memikirkan perkara-perkara yang boleh menaikkan ghairah nafsu.


13. Pastikan muka anda benar-benar bersih selepas memakai mekap.





Semoga bermanfaat! Jika anda ada petua lain yang mungkin lebih bagus, sila kongsi diruangan komen. - CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2015 01:21 PM | Show all posts
macam tipuuu je... jangan menipu la TT
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 01:45 PM | Show all posts
hahahaha....tergelak baca komen kat atas...
sampai ati cakap gitu kat tt tapi memang iols setuju sangat !
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Wuduk yg tak tahan tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ambil wuduk je sepanjang hari, tapi tak solatnya tak boleh jugak tt.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak Nitaa buat okay jah.........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2015 12:02 PM | Show all posts

habis kalau bukan muslim kena berwuduk jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 11:47 AM | Show all posts
ditepi_pantai replied at 30-9-2015 01:49 PM
Ambil wuduk je sepanjang hari, tapi tak solatnya tak boleh jugak tt.

kahkahkah...betol sekalii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.259190 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list