CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2702|Reply: 4

[Siri 2] Korea: Industri Kecantikan, Manjakan Diri di Syurga Kosmetik

[Copy link]
Post time 30-9-2015 07:04 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib Za

Negara yang kaya dengan budaya dan tradisi, kawasan tarikan pelancong serta pesta, lawatan industri dan aktiviti lasak ini menjanjikan pengalaman luar biasa buat peserta lawatan insentif.


Dilengkapi dengan pilihan penginapan mewah dan trend terkini, Korea mampu memberikan anda sesuatu di luar imaginasi.


Lawatan Industri & Budaya
Lawatan ke lokasi industri dan budaya kini semakin popular antara peserta lawatan insentif yang inginkan perspektif baharu tentang budaya Korea dengan lawatan ke Namsangol Hanik Village untuk menyelami budaya hanbok dan Kooksoondang. Jika anda mempunyai minat yang tinggi terhadap produk kosmetik Korea, lawati Charmzone Factory di Wonju untuk meraih pengalaman berkenaan kosmetik sambil memanjakan diri anda dengan khidmat penjagaan kulit yang disediakan.






Ladang teh
Peminat teh pula perlu mengunjungi Teattera di Jaecheon untuk menikmati teh herba dan aromaterapi. Jika anda berada di Jeju-do, O’Sulloc Museum adalah tempat yang perlu anda lawati. Ladang teh terbentang luas serta udara bersih yang menyelaputi kawasan ini pasti akan memberikan anda pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan pada masa yang sama, ketahui sejarah teh dan kemahiran solekan di innisfree House yang terletak berdekatan dengan muzium ini.









Penginapan Menarik
Selain hotel, Korea menawarkan pengalaman satu-dalam-seribu bagi anda yang mengimpikan penginapan istimewa. Tempat-tempat penginapan ‘templestays’ yang aman di Gangwon-do, Busan, Daegu, Seoul, Incheon, Jeolla-do, Gyeongsang-do dan Jeju-do merupakan lokasi ideal untuk membebaskan diri anda daripada tekanan kerja manakala budaya dan tradisi lama Korea pasti akan memberikan anda rehat yang secukupnya jika anda menginap di ‘hanokstays’. Jika anda inginkan sesuatu yang lebih lasak atau dikelilingi oleh kehijauan alam, aktiviti khemah serta ‘glamping’ merupakan aktiviti yang semakin popular di negara ini.












**Bagi perancang pelancongan insentif atau syarikat korporat yang ingin mendapatkan khidmat nasihat atau penganjuran lawatan insentif ke Korea, sila hubungi Korea Tourism Organization (KTO) di Kuala Lumpur. KTO turut menyediakan pembentangan serta sesi perbincangan berkenaan butiran atau maklumat terperinci tentang lokasi serta aktiviti yang boleh disenaraikan dalam jadual lawatan untuk memberikan peserta lawatan insentif pengalaman luar biasa di Korea.


Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen ini, hubungi 03-2143 9000 atau emel [email protected] atau layari laman web KTO di www.visitkorea.com.my.





** Untuk membaca artikel siri 1 - Korea boleh klik DI SINI.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2015 07:10 PM | Show all posts
TT.. jawablah.. Rumah Kwang Soo kat mana?

Tak pun tau x kat mana nak buat plastic surgery?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 08:01 PM | Show all posts
padanla orang korea semua cantik2.. selalu tgk chanel One HD ... jelesnya dengan kulit masing2.. even jahat pun nampak mcm aaaahhh cantiknyeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 04:56 PM | Show all posts
saia pinah pigi korea.susah makan cari kari sana
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 11:09 PM | Show all posts
Nie boleh tak kat thread kora je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.070083 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list