CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2112|Reply: 1

Resepi Mudah Pasta Cheese BBQ & Ayam Grill Mix Herbs

[Copy link]
Post time 6-10-2015 12:57 PM | Show all posts |Read mode


Bahan-Bahan;
- 1/2 Pack Pasta (Direbus)

- 1 Keping BBQ Cheese Cheddar

- 1/2 Biji Bawang Holand (Dicincang)

- 1/2 Cawan Susu

- 1 Sudu Minyak Masak

- Sedikit Mix Herbs

- Garam Secukup Rasa



Macam ni la rupa kuah cheese yang telah siap.

Hanya perlu masukkan pasta dan masak sehingga kering.


Cara-Cara;


1. Panaskan minyak dan tumis bawang holand sehingga naik bau.

2. Masukkan susu, sedikit mix herbs dan garam, tumis sehingga didih.

3. Masukkan kepingan keju cheddar perisa BBQ, kacau rata sehingga cair.

4. Masukkan pasta yang telah direbus, kacau sehingga kuah kering.

5. Hidangkan bersama ayam grill dan salad.





Taburkan chili flakes untuk yang suka pedas. Nyum~ ;)


Untuk ayam pula, hanya perlu perapkan ayam bersama mix herbs, minyak zaitun, serbuk kunyit dan garam. Kemudian grill diatas pemanggang. Bila dah masak, hidangkan bersama pasta


Untuk kaki cheese, bolehlah masukkan sebanyak mana cheese yang korang suka. Macam BW sekeping pun dah cukup, kalau banyak nanti rasa muak. Walaupun suka sangat makan cheese cake, tapi kalau jenis yang savory macam ni kurang gemar cheese yang overdose :p


BUATWANITA-

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2015 01:44 PM | Show all posts
macam menarik je pasta cheese tu.. bahan pun simple je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.500250 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list