Edited by d_dalia at 12-10-2015 08:29 AM
Perkahwinan Annahita berakhir
Tak ada angin tak ada ribut, khabarnya rumah tangga model, pelakon dan pengacara, Annahita Bakavoli, 33, dengan suaminya Datuk Saiful Bahar Mohd Arshad sudah berakhir baru-baru ini. Menurut kenyataan yang dikeluarkan bekas suaminya, dia melafazkan cerai talak satu terhadap Annahita pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. “Perkahwinan yang dibina atas rasa cinta itu berakhir selepas lima tahun kami hidup bersama. Kenyataan ini dibuat atas dasar keikhlasan tanpa ada maksud yang terselindung.
“Ia dibuat untuk mengelakkan timbulnya fitnah pada masa akan datang sekiranya masing-masing mengambil keputusan membina hidup baru pada masa akan datang,” katanya. Menurut Saiful, keputusan untuk berpisah itu dibuat kerana mereka tiada persefahaman lagi. “Saya mendoakan Annahita menemui kebahagiaan,” katanya. Sementara itu, Annahita ketika dihubungi belum bersedia memberi kenyataan berhubung perceraiannya itu. “Saya kini sedang bercuti di luar negara. Insya-Allah apabila pulang nanti saya akan menjelaskan segala-galanya,” katanya. Pasangan itu berkahwin pada 2010 selepas berkenalan kurang dari setahun. Bagaimanapun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
|