CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1701|Reply: 0

Adakah Cintamu Bertepuk Sebelah Tangan?

[Copy link]
Post time 12-10-2015 04:39 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Fyruz Hanna




Anda sering mencari si dia dahulu? Bagi yang sering kali mencari lelaki sebelum si dia mencari kamu. Itu merupakan permulaan sesuatu petanda buruk. Ketahuilah lelaki yang menyukai anda pasti akan memulakan langkah sebelum wanita itu.


1. Perkenalkan anda sebagai sahabatnya
Ketika anda bersamanya dengan teman-teman atau pun kenalan, anda pasti akan diperkenalkan sebagai sahabat. Dia juga seboleh-bolehnya menidakkan hubungan istimewa antara kamu dengannya. Dari situ petanda besar bahawa si dia tidak menyimpan perasaan dengan mu.


2.Tak mengendahkan diri anda
Bukan setakat telefon tidak berangkat, mesej tidak berbalas, kadang-kala anda seperti tidak wujud dari pandangannya. Bukan kamu tak juga menjejakinya melalui media sosial tetapi si dia akan cuba mengelak dari berbual dengan anda. Carilah lelaki yang memang benar-benar ikhlas dan tunjuk sayang anda. Bukan lelaki yang hanya pandai bermain kata-kata di bibir sahaja.


3.Menggoda wanita lain semasa bersama anda
Sekiranya si dia benar menyukai kamu, dia seboleh-bolehnya akan mengambil berat mengenai kamu. Akan melakukan yang terbaik untuk kamu, namun jika si dia cuba menggoda wanita lain,kamu haruslah sedar cinta mu itu tidak lebih hanya sekadar bertepuk sebelah tangan sahaja.


4.Mengelak apabila berbicara tentang perasaan
Jika anda cuba membuka cerita mengenai hati, atau meluahkan perasaan kamu kepadanya pasti banyak alasan yang diberikan olehnya. Anda begitu beria untuk mencari masa sesuai untuk meluahkan perasaan kepada si dia. Ketahui lah, jika si dia menyukai anda, segalanya pasti berlaku tanpa dirancang. -CARI Infonet.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.057521 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list