CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2067|Reply: 7

[Dunia] Jerebu: 244 syarikat terlibat pembakaran hutan

[Copy link]
Post time 13-10-2015 08:47 AM | Show all posts |Read mode
Jakarta: Polis Indonesia menyenaraikan 12 syarikat dan 209 individu sebagai tertuduh yang menyebabkan kebakaran hutan, punca utama jerebu di rantau ini.

Ketua Polis Indonesia, Badrodin Haiti memberitahu, dua daripada 12 syarikat yang dinamakan sebagai tertuduh itu firma asing.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama serta negara asal syarikat berkenaan.

“Beberapa syarikat asing dari Malaysia, China dan Singapura masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Menurutnya, semua tertuduh bakal didakwa melanggar undang-undang perlindungan hutan dan berdepan hukuman penjara 10 tahun serta denda hingga Rp10 bilion (RM3.1 juta).

Sementara itu, 26 syarikat disiasat dan 218 syarikat lagi dalam proses siasatan.

Menurutnya, empat syarikat lagi kini menunggu keputusan pendakwa raya yang mahu mendakwa firma itu atau tidak.

Jerebu yang melanda rantau ini lebih sebulan lalu berpunca daripada kebakaran yang dicetuskan aktiviti pembersihan hutan untuk pertanian. - Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2015 09:31 AM | Show all posts
baru nampak mcm polis indonesia buat kerja
kita tunggu jela hasilnya tahun depan
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 11:40 AM | Show all posts
hbs keshtan org y terjejas sbb jerebu ni xnak bela ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kisahla negara manapun. Dah diaorg operate kat negara kau kan? Tkkn byk mkn korupsi untuk tutup mata dgn kesilapan mereka. Yg salah tetap salah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 05:54 PM | Show all posts
hmm nampaknya bukan Indo je
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 05:57 PM | Show all posts
melinda_kerr replied at 13-10-2015 01:48 PM
Tak kisahla negara manapun. Dah diaorg operate kat negara kau kan? Tkkn byk mkn korupsi untuk tutup  ...

itu la kena suap nanti senyap.....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2015 05:58 PM | Show all posts
dino replied at 13-10-2015 05:57 PM
itu la kena suap nanti senyap.....

Haha...baru nk ckp bnda yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
baru balik padam jerebu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.688523 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list