Oleh Izzah Abbasy
Memandang wanita seksi pasti merangsangkan suatu perasaan suka terhadap lelaki. Namun, lelaki yang bijak akan menjaga pandangannya terhadap wanita lain jika sudah mempunyai pasangan atau isteri yang sah.
Si isteri juga haruslah pandai menjadi penggoda kepada si suami. Bukan suruh jadi penggoda yang bukan-bukan tau. Maksudnya, jangan goda untuk mendapatkan sesuatu yang tidak bermanfaat dan untuk kepentingan.
Goda bukan sahaja dengan memakai pakaian seksi dan tergedik-gedik. Malahan harus jadi wanita yang solehah. Pandai melayani suami dari segala hal.
1. Kongsi cerita suka duka
Bermanjalah dan selalu bercerita dengan si suami. Biasanya, suami akan menjadi pendengar yang setia. Malahan, jika bijak mengatur cerita dan menggunakan suara yang lembut, suami pasti akan rindu nak bicara dengan anda. Lagi-lagi jika berjauhan.
2. Beri hadiah dan kejutan untuk suami
Lelaki juga mempunyai sifat seperti wanita. Sukakan kejutan. Jika si isteri selalu membuat kejutan dan memberi hadiah kepada suami, sudah tentu si suami tidak mencari lain, makin bertambah sayang. Contohnya membeli sesuatu yang suami suka, hadiah hari jadi, masak makanan kegemaran dan sebagainya.
3. Berkomunikasi dengan baik
Suami tidak suka jika si isteri meninggikan suara. Apabila menjadi suami, sudah tentu dia menjadi ketua keluarga. Jika si isteri seorang yang mudah berkomunikasi dan memahami setiap kehendak suami, wujudlah keluarga yang bahagia. Si isteri jika selalu menggunakan suara yang lembut dan sopan, suami pun sejuk hati.
Ha, jom para isteri dan para wanita praktis menjadi penggoda terhebat kepada suami. Jangan anggap remeh, lelaki atau suami mudah 'termakan' godaan tau. Ciptalah keluarga bahagia dan dirahmati Allah SWT. - CARI Infonet |