CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4501|Reply: 20

[Tempatan] DAP halang bina masjid kerana azan

 Close [Copy link]
Post time 20-10-2015 03:45 PM | Show all posts |Read mode
Home  ⁄  Malay  ⁄  DAP Halang Bina Masjid Kerana Azan





DAP halang bina masjid kerana azan
Menjadi viral di laman-laman sosial hari ini apabila cadangan pembinaan sebuah masjid di sebuah taman di Kota Kinabalu, Sabah telah dihalang oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu yang mewakili DAP, Jimmy Wong sehingga menimbulkan sedikit ketegangan disana.

Video yang berdurasi 2 minit 46 saat ini telah dimuat naik semula oleh orang ramai berikutan kritikan berterusan Jimmy Wong berhubung laungan azan yang mengganggu penduduk bukan Islam di Kota Kinabalu sejak akhir-akhir ini.




Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar tahun 2014 ini sememangnya menimbulkan kemarahan umat Islam di Kota Kinabalu berikutan Jimmy yang sering kali menemplak umat Islam disana dengan kata-kata yang disifatkan sebagai menghasut dan melanggar kontrak sosial yang telah di perakui sejak zaman berzaman.


Tidak kira apa pun parti ikutan kita, hak beragama di negara ini tidak pernah dipersoalkan sejak sekian lama, namun selepas DAP berjaya meraih banya kerusi pada Pilihanraya Umum yang ke 13 lalu, mereka dilihat semakin biadab dan kini berani mempertikaikan hak mutlak Islam di Malaysia.


Mungkin ada yang terlupa, didalam Perlembagaan Malaysia, Islam diperakui sebagai agama rasmi negara manakala hak-hak kaum bumiputera terutamanya Melayu sentiasa dipelihara daripada dicabuli oleh mereka-mereka yang berniat mahu menghapuskan hak istimewa kaum bumiputera di Malaysia


Menyentuh kaum Bumiputera, ianya bukan tertakluk kepada satu kaum sahaja iaitu Melayu. Ianya tertakluk kepada Orang Asli, Iban, Bidayuh, Kenyah, Melanau, Ulu, Kayan, Kadazan, Murut, Sulu, Bajau dan lain-lain lagi. Tidak kurang daripada 70 kaum Bumiputera telah dicatatkan didalam Perlembagaan negara hari ini.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2015 05:17 PM | Show all posts
sudah disebut dlm quran dan hadis, jgn sesekali percaya sgt kupada worang kafir....
kawan bole, percaya jgn, apatah lagi rakan atau sahabat...jauh.....jauh.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2015 09:04 AM | Show all posts
sudah disebut dlm quran dan hadis, jgn sesekali percaya sgt kupada worang kafir....
kawan bole, percaya jgn, apatah lagi rakan atau sahabat...jauh.....jauh....


BETUL TU...TAPI RAMAI YANG PERCAYA SEBAB MEREKA HULUR DUIT.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 09:07 AM | Show all posts
@uniq61
x pyh buat bodoh la
tgo kawasan tu berapa ramai muslim dulu la,
lu x pernah gi kk baik diam lah
berita pompuan muslim dirogol sebangsa lu pula bisu

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 09:09 AM | Show all posts


Penduduk bantah bina masjid di Penampang
August 25, 2013

Oleh Percy Goliu

KOTA KINABALU:  Tiada siapa yang berani mengesahkannya.

Malah Pegawai Daerah Penampang tidak tahu menahu mengenai cadangan pembinaan sebuah masjid, yang dipercayai bernilai RM4 juta di atas sebidang tanah yang dulunya merupakan kawasan penanaman padi di daerah Penampang, yang majoriti penduduknya adalah penganut agama Kristian.

Bekas Anggota Parlimen Penampang, Tan Sri Bernard Dompok dan beberapa pemimpin lain juga tidak tahu mengenai sebarang rancangan untuk membina masjid di daerah ini.

Namun begitu, isu ini sudah menjadi ‘buah mulut’ orang ramai sejak beberapa tahun yang lalu, ketika beliau masih lagi Yang Berhormat dan menjadi menteri kerajaan persekutuan.

Penduduk di daerah ini tertanya-tanya sama ada majlis daerah dan pemimpin di daerah ini menyembunyi maklumat itu daripada diketahui umum.

Keadaan ini agak mustahil, masakan mereka tidak tahu perkembangan di kawasan sendiri, apatah lagi jika ia membabitkan isu sensitif membabitkan agama. Mereka tertanya-tanya adakah benar sebuah masjid besar akan dibina di tengah-tengah daerah Penampang.

Kurang senang

Jo Nandu, yang mewakili kumpulan yang membantah pembinaan masjid di daerah ini berkata, projek itu seolah-olah menjadi ‘satu misteri’ dan khabar angin bertiup kencang mengenainya dan ini menyebabkan ramai penduduk berasa kurang senang.

“Beberapa individu, termasuk beberapa pemimpin yang prihatin, pergi berjumpa dengan pegawai daerah kerana mahukan kepastian.

Tetapi para pegawai di Pejabat daerah mengaku tidak pernah menerima sebarang permohonan untuk membina masjid itu dan tidak juga meluluskan apa-apa dokumen membabitkan projek itu.

“Bagaimana mereka tidak tahu mengenainya sedangkan projek itu sudah bermula?

“Sebagai pihak berkuasa kerajaan tempatan, adalah menjadi tugas mereka untuk mengambil tahu apa yang berlaku dan memyampaikan maklumat yang benar kepada orang ramai,” katanya.

Menurutnya, mustahil pemimpin di daerah yang majoriti penduduknya terdiri daripada etnik Kadazan, tidak tahu tentang perkara ini kerana pelaksanaan projek itu juga sudah ada blognya sendiri sejak 2008.

“Adakah pemaju projek tidak memohon dan oleh itu tidak menyerahkan sebarang permohonan kepada Pejabat Daerah Penampang untuk mendapatkan kelulusan? Jika tidak, siapa yang memberikan kelulusan dan kenapa penduduk setempat tidak dimaklumkan mengenainya,” soal Jo.

Blog wakaf masjid

Maklumat dalam blog wakaf Masjid Penampang di alamat http://wakafmasjidpenampang.blogspot.com/ mengesahkan memang ada cadangan pembinaan masjid itu dan malah mengatakan, kerja-kerja menambak tapak masjid sudah pun siap Jun lalu.

Blog yang dipos oleh individu yang bernama Suhaili itu turut menyertakan 11 gambar memaparkan tapak binaan yang sudah ditimbun.

Dalam blog itu, Suhaili turut memaklumkan bahawa Jawatankuasa Wakaf Masjid melancarkan untuk kali kedua, dana wakaf masjid Penampang untuk memungut derma bagi membantu membiayai pembinaannya.

Jelas sekali rancangan pembinaan itu sudah dimulakan seawal tahun 2008 apabila pungutan dana wakaf dilancarkan di mana lebih RM900,000 berjaya dikumpul.

Daripada jumlah itu sebanyak RM564,538 dipercayai digunakan untuk membeli tanah seluas 1.44 ekar di Jalan Lintas Penampang pada Disember 2010.

Menurut blog itu, tanah diamanahkan oleh tiga pemegang amanah terdiri daripada ahli jawatankuasa sebelum diserahkan sepenuhnya kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAIS).

Tanah dikatakan dimiliki individu yang ‘bermurah hati’ memindah milik tanah pada harga yang sangat rendah berbanding harga sebenar pasaran.

Turut dinyatakannya ialah, menjelang Rancangan Malaysia Ke-11 nanti, sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang menjadi projek Kementerian Pelajaran, juga akan didirikan tidak jauh daripada masjid itu.

Blog itu memberitahu, upacara pecah tanah dijadual diadakan September ini di mana Ketua Menteri Datuk Musa Aman selaku penaung projek, dijangka hadir.

Mengenai latar belakang projek itu, penulis blog berkata, daerah Penampang yang berdekatan dengan bandaraya Kota Kinabalu menyaksikan kepesatan penduduk dengan penjawat awam, swasta dan peniaga beragama Islam.

Pusat Informasi Islam

Dan antara matlamat pembinaan masjid itu menurutnya ialah menjadikannya Pusat Informasi Islam dan mengembangkan agama itu di daerah Penampang.

“Penduduk Penampang sudah pasti akan membantah pembinaan ini. Cara ia dilaksanakan seolah-olah diselubungi misteri dan membelakangkan pendapat penduduk setempat yang tidak dibawa berunding.

“Ini membuktikan mereka tidak jujur kepada orang-orang Kadazan yang beragama Kristian di Penampang,” katanya.

Menurut Jo, mungkin mereka sudah tahu pembinaan itu akan mendapat tentangan, maka mereka tidak perlu berunding dengan penduduk. Namun, penduduk tidak menyukai mereka diperlakukan seperti ini di mana hak bersuara mereka diketepikan.

Kata Jo, walaupun pihak berkuasa sudah memulakan kerja-kerja menimbun, belum ada tanda papan yang mengatakan nama projek, nama arkitek dan pemaju dipacak di lokasi itu.

“Kenapa? Pegawai Daerah memberitahu mereka juga tidak menerima permohonan daripada arkitek atau reka bentuk masjid itu. Adakah masjid ini terlalu istimewa hingga tidak perlu melalui kelulusan kerajaan tempatan?”

Tinjauan wartawan Free Malaysia Today di lokasi dekat Jalan Pintas Penampang menunjukkan tapak yang dimaksudkan sudah ditimbun di tengah-tengah kawasan penanaman padi. Di sekitar lokasi itu juga terdapat lebih 20 rumah usang, dipercayai milik pendatang asing.

Sumber memberitahu, satu aduan pernah dibuat mengenai petempatan setinggan itu dan sepatutnya sudah ada rancangan untuk merobohnya tetapi ‘seseorang dari atas’ memberi arahan untuk menghentikan tindakan meroboh rumah-rumah usang itu.

Dalam tinjauan di sana, kanak-kanak yang ditemui memberitahu yang mereka adalah Muslim dari Filipina.

Jo mempersoalkan kenapa petempatan yang jelas menunjukkan ia petempatan setinggan asing ini tidak dirobohkan seperti setinggan yang lain. Adakah mereka yang akan menguruskan atau menjaga masjid itu nanti?

Berunding

Sehubungan itu katanya, pihak yang berkenaan perlu tampil berunding dengan mereka sebagai penduduk asal di daerah ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa masyarakat setempat akan keluar membantah pembinaan masjid itu kerana ia dibina di tengah-tengah kawasan majoriti bukan Islam.

Beliau bimbang keamanan yang selama ini yang dikecami penduduknya akan terjejas kerana berlakunya percanggahan kepercayaan dan cara hidup nanti.

Masyarakat Kadazan dan Dusun di daerah ini masih mengamalkan kehidupan tradisi di mana ramai yang memelihara babi dan haiwan lain yang dianggap haram dalam Islam. Haiwan ini masih kelihatan berkeliaran di kampung-kampung dan di jalan-jalan raya.

“Kami tidak mahu satu hari nanti, mungkin kami diarah untuk berhenti memelihara babi atau makan daging haiwan itu di kedai-kedai.

“Ini adalah antara kesan ‘chain reaction’ jika orang Islam mula mengarah bukan Islam melakukan sesuatu atas nama bimbang ia menyinggung perasaan mereka.

“Penduduk Penampang dari dulu lagi mengamalkan cara hidup itu dan berpegang teguh dengan agama Kristian sebagai kepercayaan rohani mereka,” katanya menambah Penampang patut tidak ‘diganggu’ dan dibiarkan dalam keadaan sosial dan budayanya sekarang.

Lagipun katanya, orang Islam yang tinggal di kawasan perumahan di daerah ini boleh bersembahyang di masjid Kota Kinabalu dengan menaiki kenderaan yang jauhnya hanya 15 km atau di Putatan yang ada banyak surau dan masjid.

Kata Jo, penduduk kampung sudah mengadakan dialog untuk membincangkan perkara itu dan dialog kedua akan diadakan tidak lama lagi untuk memuktamadkan beberapa tindakan yang akan diambil termasuk mempertimbangkan tindakan mahkamah.

“Semuanya bergantung kepada hasil siasatan kami dan data yang dikumpulkan. Semuanya akan dilakukan mengikut saluran yang betul,” katanya.

Penampang yang terletak kira-kira 15 km dari pusat bandaraya merupakan satu-satunya daerah di Sabah yang tidak ada masjid.  Dengan lebih daripada 150,000 penduduk, lebih 90% peratus adalah bukan Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 09:09 AM | Show all posts
bluehedgehog replied at 21-10-2015 09:07 AM
@uniq61
x pyh buat bodoh la
tgo kawasan tu berapa ramai muslim dulu la,

lu la yang bodoh....

bahlol.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2015 09:09 AM | Show all posts
bluehedgehog replied at 21-10-2015 09:07 AM
@uniq61
x pyh buat bodoh la
tgo kawasan tu berapa ramai muslim dulu la,

tak leh gak....sebab masa kat shah alam tu...orang islam ramai bantah pasal nak bina kuil...sebab majoriti islam...alih2 non muslim kata hak kebebasan beragama....sama mcm kes taman medan...orang melayu majoriti suruh turunkan salib alasan sana kawasan majoriti islam....

dalam kes ni...tak leh bias sgt....hak kebebasan beragama tu penting...

cuma...bukan ke benda ni dah selesai...dah lama dah kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 09:10 AM | Show all posts
pui la @uniq61

No Necessity To Have A Mosque In The Middle Of Christian-Dominated Penampang
Posted on March 17, 2015 by SABAHKINI


PENAMPANG: Construction of a mosque in the middle of Penampang does not make sense as the Moyog constituency is predominantly of Christian faith, its lawmaker Terence Siambun said Monday.

“In fact, the State Mosque is located merely less than 10 minutes away from Donggongon and from what I have been informed, there is another mosque being constructed at Kepayan along the new by-pass he highlighted.

He also dismissed the notion that any attempt to question the building of a mosque in the middle of Penampang is akin to racism or anti-Islam in nature.

“I cannot see how questioning the construction of a mosque in the middle of an area which is predominantly Christians tantamount to being racist or anti-Islam. This is purely a question of necessity.

He urged the Penampang District Council (PDC) to clarify if the ongoing construction works taking place next to the district Police Headquarters is to construct a mosque.

He claimed to have received several messages and phone calls from concerned residents of Penampang inquiring about the said project which, he was unable to verify as he is not privy to the local authority’s decision making process.

“These residents have informed me that rumors are being spreading that there is a plan to build a mosque but no one can be certain about it since there is no signage available at the site for inspection.

Siambun also queried it if the BN-appointed councillors, particularly those nominated by UPKO have registered their complaint or disagreement on the ongoing construction works, if it is indeed a mosque building project.

He explained that he especially mentioned UPKO as all these while they have been portraying themselves as the vocal defender of Christian faith.

“It would only make sense if its nominated councillors in PDC registered their formal complaint and disagreement over this matter,” he contended.

“So, it is to my hope that PDC will issue its official confirmation on this matter and that the BN-appointed councillors, especially the UPKO-nominated councillors, will make a thorough investigation and deliberation on this matter since this is essentially a matter of public interest, he stressed it out,” he said.

Besides this, he also wanted to know if there is also plan to eventually relocate the Police Station at Penampang once the alleged ‘Mosque’ project had been completed.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 09:13 AM | Show all posts
lavawebsite replied at 21-10-2015 09:09 AM
lu la yang bodoh....

bahlol.

hi lavadurex
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 09:15 AM | Show all posts
benda ni dah lama...isu ni ni nak bangkit kan lgi ke..walau aku tak sokong tindakan penduduk penampang ni...tp dah takda ae pon kes ni

so TT nak korek balik kes lama ka?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 09:15 AM | Show all posts
cite 2014 ko tepek
apasal cite 2015 bantah bina masjib ko x tepek...
x pyh cari modal la pui @uniq61
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 09:16 AM | Show all posts
bluehedgehog replied at 21-10-2015 09:15 AM
cite 2014 ko tepek
apasal cite 2015 bantah bina masjib ko x tepek...
x pyh cari modal la pui @uni ...

celaka punyer kafirun...

tiap2 tahun ada acara bantah bina masjid ....




Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 09:19 AM | Show all posts
lavawebsite replied at 21-10-2015 09:16 AM
celaka punyer kafirun...

tiap2 tahun ada acara bantah bina masjid ....

nama ni bole tahan berapa hari ye
psiko
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 09:20 AM | Show all posts
bluehedgehog replied at 21-10-2015 09:19 AM
nama ni bole tahan berapa hari ye
psiko

2016 lu orang nak bantah bina masjid kat mana pulak..??

tiunaseng.


Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 09:24 AM | Show all posts
kontrak sosial hanya kat semenanjung ja zaman pembentukan Malaya...

kat Sabah sendiri x de agama rasmi...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 09:31 AM | Show all posts
kalo mcm tu leh la korek kes2 bantah rumah ibadat yang lama2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 09:36 AM | Show all posts
@uniq61
klau ko serupa @dizek then i have nothing to say
but if not,
bertaubatlah klau ko muslim sebenar
dgn sikap ko mcm ni, ada cina dap ke tiada cina dap ke di mesia pun, ko pun x maju ke mana2 pun
rusuhan agama dan kaum tiada bawa anda ke syurga
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 09:47 AM | Show all posts
bluehedgehog replied at 21-10-2015 11:36 AM
@uniq61
klau ko serupa @dizek then i have nothing to say
but if not,


sabar je la..
manusia2 mcm ni la yg akan mendatangkan malapetaka dlm negara
suka melihat negara jadi huru hara
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 09:51 AM | Show all posts
Ini berhala besar dibina Kerajaan BN di kawasan majoriti penduduk Melayu di Pasir Panjang, Perak




Jangan tak tahu.. @uniq61 ni juga yang sebar fitnah dulu kononnya anwar ada akaun di Israeli National Bank, padahal bank tu tak wujud pun.

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh sesiapa beritahu kes ini isu lama ke baru?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.120415 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list