|
Oleh : Fyruz Hanna
Tak semua hal yang lelaki boleh yang boleh kongsi dengan orang lain mahupun kenalan rapat. Di saat lelaki menyembunyi sesuatu, wanita dapat membacanya dengan gelagat dan bahasa tubuh juga akan terlihat berbeza.
Jom baca antara gelagat lelaki yang banyak menyimpan rahsia:
1. Tetibe romantik dan sikapnya terus berbeza
Dengan tak semena-mena, dia mengajak kamu makan malam 'candle light dinner' tanpa alasan. Lelaki sering berkelakukan terlebih romantik apabila menyembunyikan sesuatu. Bahkan keadaan ini nampak canggung dan tak biasa, seperti dibuat-buat.
2. Cara bercakap seakan terganggu/ pending
Bila si dia cuba menyembunyikan sesuatu, dia mudah gugup, resah, duduk serba tak kena, berpeluh bahkan suaranya berubah. Bahkan mereka yang menipu sering merasa tekak mereka haus.
3. Sembunyikan tangan apabila mendekati mu
Perhatikan betul-betul jika memasukkan tangan ke dalam jaket, seluar mahupun menyilang tangan di dada, ia merupakan 1 cara lelaki menyembunyikan sesuatu. Ini kerana tangan mampu untuk mengungkapkan isi hati. Jika si dia tak mahu memberitahu isi hatinya, tangannya sering disorok dalam tubuh.
4. Lebih cerewet atau banyak bercakap
Jika si dia bukan seorang yang cerewet mahupun bukan seorang yang banyak bercakap, dia akan tetibe banyak bercakap dan cerewet. Pada kebiasaannya, lelaki tak suka berbelit-belit dan kerana mereka lebih mudah dan 'to the point'. Jadi jika tidak seperti kebiasaannya dia sedang merahsiakan sesuatu dari anda. -CARI Infonet. |
|