Oleh Izzah Abbasy
Siapa kecil-kecil dulu tak makan ais kepal? Ramai kan? Tapi, ais kepal ini sememangnya sangat terkenal sejak dahulu lagi.
Bulat-bulat sahaja bentuknya. Leih kurang seperti ais yang diletak pada air batu campur (ABC). Harganya pun murah sahaja. Itu cerita masa zaman kecil lah. Sekarang, semua barang dah naik, harga ais kerim kepal pun dah naiklah.
Ais kepal ini sudah diviral dan divariasikan oleh Bits & Bobs - Sejak Selalu. Tak jauh pun, ada di 99 Jalan Sultan Yussuf (Kong Heng Square), Ipoh, Perak. Oh, di "erok rupenya. Nape kome tak bagitahu awai-awai". Sesiapa yang ke Perak, bolehlah singgah dan nikmati ais kepal ini.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfullah juga telah mencemar duli makan aiskrim kepal di sini. - CARI Infonet
CARI Infonet
Sumber Info : Rizal Hakimm Facebook
|