CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4882|Reply: 39

[Tempatan] Peguam negara berhasrat mansuhkan hukuman mati mandatori

[Copy link]
Post time 13-11-2015 09:14 AM | Show all posts |Read mode
Peguam negara berhasrat mansuhkan hukuman mati mandatori
OLEH LIONEL MORAIS DAN ANISAH SHUKRY
Published: 13 November 2015 7:21 AM  



Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali menganggap hukuman mati mandatori adalah ‘paradoks’ kerana ia merampas daripada hakim hak menggunakan budi bicara bagi mengenakan hukuman ke atas penjenayah yang disabitkan kesalahan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 November, 2015.

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali berkata, beliau akan mencadangkan kepada Kabinet hukuman mati mandatori dimansuhkan, supaya hakim diberi opsyen memilih antara menjatuhkan hukuman penjara ke atas seseorang atau menghantarnya ke tali gantung.

Beliau berkata hukuman mati mandatori adalah "paradoks", kerana ia merampas daripada hakim hak menggunakan budi bicara mereka bagi mengenakan hukuman ke atas penjenayah yang disabitkan kesalahan.



"Jika saya dibenarkan ikut cara saya, saya akan memperkenalkan opsyen untuk hakim dalam kes di mana ia melibatkan hukuman mati. Beri pilihan kepada hakim sama ada untuk menggantung atau menghantar dia ke penjara.
                                         

"Kemudian kami sedang berusaha ke arah pentadbiran keadilan jenayah yang baik," Apandi memberitahu The Malaysian Insider dalam satu temu bual eksklusif.

Beliau berkata ini adalah sejajar dengan "pemikiran sejagat" mengenai hukuman mati, walaupun beliau menafikan meminta hukuman mati dihapuskan sama sekali.

"Bukan untuk mengatakan saya menyokong sepenuhnya penghapusan hukuman mati, tetapi sekurang-kurangnya kita lakukan secara berperingkat. Kami ambil langkah demi langkah," katanya.

Hukuman mati mandatori dikenakan di Malaysia dalam kes-kes melibatkan pembunuhan, kesalahan senjata api tertentu, pengedaran dadah dan penderhakaan.

Pada Mei, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar dilaporkan berkata kira-kira 1,043 banduan sedang menunggu hukuman mati, dengan ramai yang menunggu keputusan rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan atau Lembaga Pengampunan.

Beliau dilaporkan berkata, 46% daripada mereka yang menunggu pelaksanaan hukuman mati disabitkan atas kesalahan berkaitan dadah.

Apandi memberitahu The Malaysian Insider ramai hakim-hakim sebenarnya keberatan menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka yang hanya bertindak sebagai "keldai dadah", mereka yang ditugaskan membawa dadah untuk sindiket.

"Para juri juga keberatan menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka yang semata-mata 'keldai dadah', pengedar dadah yang hanya mendapat RM1,000 untuk memberi makan keluarganya," katanya.

Beliau berkata Jabatan Peguam Negara akan menyediakan memorandum kepada Kabinet untuk memansuhkan hukuman mati mandatori.
Jika Kabinet bersetuju, maka ia akan mengusulkan agar undang-undang yang perlu dipinda. – 13 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peguam-negara-berhasrat-mansuhkan-hukuman-mati-mandatori#sthash.IhNSZW2Z.dpuf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2015 09:17 AM | Show all posts
mansuhkan najib dari jawatan dulu!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 09:21 AM | Show all posts
Apa beza aku xtau..yg aku tau kalau jahat sgt aku nak org tu mati..thats all..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo human right
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 09:25 AM | Show all posts
Dah la hudud taknak laksanakan..Lani ni nak mansuhkan hukuman mati mandatori pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 09:32 AM | Show all posts
hapuskan je terus hukuman mati...biarlah pesalah berat menyesali kehidupan dia sepanjang hayat dlm benteng penjara...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2015 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Klo kes keldai dadah ni aku nk tanya,"dh ada 1000 org(kes)dh kena,naper ko nk jadi 'peserta' yg ke-1001,x ke 'bodoh sendiri'? Tak ke tu meme nk 'mampus' namernye....:
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 10:12 AM | Show all posts
beza dia?
hukuman mati mandatori = takde pilihan lain selain hukum gantung sampai mati
kalau hukuman mati mandatori dimansuhkan, hakim ada pilihan utk jatuhkan hukuman penjara (mungkin seumur hidup) atau hukuman gantung sampai mati.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2015 10:28 AM | Show all posts
duk dlm penjara ngabihkan duit tax payers pulak, makan tido makan tido...kalau insap ok lah, kalau masih gak hati batu hmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 10:33 AM | Show all posts
beri peluang kedua
setuju dgn dia bab ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 10:50 AM | Show all posts
brownstone replied at 13-11-2015 09:32 AM
hapuskan je terus hukuman mati...biarlah pesalah berat menyesali kehidupan dia sepanjang hayat dlm b ...

Kan? Hapuskan gantung sampai mati. Penjara seumur hidup disamping kena buat kerja amal sampai dia tua
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 10:51 AM | Show all posts
krustykrab replied at 13-11-2015 10:28 AM
duk dlm penjara ngabihkan duit tax payers pulak, makan tido makan tido...kalau insap ok lah, kalau m ...

Duduk dalam penjara tu rasanya diorg kena bekerja juga, buat2 kerja pertukangan etc then hasilnya di jual kat luar.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 10:54 AM | Show all posts
masa_lalu replied at 13-11-2015 10:33 AM
beri peluang kedua
setuju dgn dia bab ni

banyak negara dah abolish hukuman mati sebenarnya ..

https://en.wikipedia.org/wiki/Capital_punishment_by_country

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 11:09 AM | Show all posts
Better daripada kau bagi makan kat menteri2 celaka pengimport bangla muke pecah jambannn dari kampung kat Bangladeshhh tue
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 11:18 AM | Show all posts
brownstone replied at 13-11-2015 09:32 AM
hapuskan je terus hukuman mati...biarlah pesalah berat menyesali kehidupan dia sepanjang hayat dlm b ...

penuh la penjara...
bertambah plak kos mkn..
patut tmbh lagi hukuman mati mandatori...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 11:24 AM | Show all posts
memacam hal apandi nie....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2015 11:32 AM | Show all posts
buat jer lah hukuman gantung separuh mati..buat hukuman berulang ulang kali ikut tempoh hukuman..jgn gantung sampai mati,gantung agak2 dah nyawa nyawa ikan tu lepas kan balik..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 11:34 AM | Show all posts
baik jadi mcm china.... pesalah rasuah, dadah, bagi tembak jer...

kurang sikit penjenayah dan bakal baka yang tak elok di dunia
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 12:24 PM | Show all posts
palahotak dia....
habiskan duit rakyat je nk b ela penjenayah..

puih

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 01:02 PM | Show all posts
JohnPuteh replied at 13-11-2015 11:32 AM
buat jer lah hukuman gantung separuh mati..buat hukuman berulang ulang kali ikut tempoh hukuman..jgn ...

lawoknya la hai....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.964752 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list