|
Sebentar tadi, Datuk Lee Chong Wei telah menewaskan Lin Dan pada saingan separuh akhir badminton Terbuka China di Fuzhou, menerusi permainan tiga set sekali gus layak ke final.
Chong Wei yang kini diranking kesembilan dunia, menundukkan seteru tradisinya itu yang juga pilihan ketiga kejohanan, 17-21, 21-19, 21-19. Sebelum itu pada saingan suku akhir, Chong Wei menundukkan pemain nombor dua dunia, Jan O Jorgensen dari Denmark, 21-11, 11-21, 21-10.
Kali terakhir Chong Wei menundukkan pemain kidal itu adalah di Terbuka Korea, Januari 2012. Satu lagi pertemuan separuh akhir adalah antara juara dunia, Chen Long dari China dan San Wan Ho dari Korea Selatan. - AGENSI |
|