Oleh Izzah Abbasy
Malaysia sebuah negara yang sangat bertuah kerana tidak memiliki cuaca panas yang melampau dan cuaca dingin yang membeku. Iklim Malaysia mempunyai suhu yang hampir seragam, mempunyai kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak. Malaysia yang terletak berhampiran khatulistiwa amat jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung, meskipun pada musim kemarau teruk.
Di Malaysia juga terdapat empat musim walaupun hanya dua musim sahaja yang menjadi tumpuan iaitu musim panas dan musim hujan. Namun, musim bunga dan musim luruh juga sebenarnya terdapat di Malaysia.
Kredit Foto : Google
Mengikut sumber yang boleh dipercayai, 4 musim yang terdapat ini berkaitrapat dalam soal percintaan.
Musim Bunga --> Musim Panas --> Musim Luruh --> Musim Hujan
Beginilah Allah menggilirkan kehidupan kita. Musim bunga ditukar kepada musim panas, musim panas ditukar kepada musim luruh dan musim luruh ditukar kepada musim hujan atau tengkujuh juga dikenali sebagai musim dingin. Kemudian kembali semula kepada musim bunga.
Makna di sebalik setiap empat musim ini ;
Kredit Foto : Google
1) Musim Bunga
Musim bunga dilihat apabila semua tumbuhan berbunga dan berbuah akan mengeluarkan hasil mereka dan dirasai oleh sesama manusia. Terjadilah musim buah durian, manggis, rambutan dan sebagainya. Kelihatan pokok berbunga pula tumbuh dengan mekar sekali. Seperti bunga sakura yang terdapat di banyak tempat di Malaysia. Cantik kan?
Musim bunga juga diibarat seperti percintaan yang penuh dengan keindahan dan kebahagiaan.
2) Musim Panas (Kemarau)
Musim panas akan kelihatan apabila tanah, daun dan pokok kelihatan kering. Rumput dan lalang juga semakin menguning dan jika dicabut, tanamannya perlu disiram dengan banyak air. Sinar matahari yang memancar pula sangat perit apabila terkena ke atas kulit. Ketika musim inilah jika kain dan pakaian yang dijemur, cepat sahaja kering.
Daripada segi percintaan, musim panas dilihat sebagai perhubungan bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui. Cinta yang dibina tidak akan selamanya indah jika tidak melindungi antara satu sama lain. Adakalanya, pasangan perlu bekerja keras untuk memahami pasangannya.
3) Musim Luruh (Gugur)
Merupakan musim yang menjadi peralihan kepada musim panas ke musim hujan atau sejuk. Dalam zon berhawa sedang, musim luruh adalah musim di mana kebanyakan tumbuhan dituai, dan pokok-pokok juga akan menggugurkan daun-daun mereka. Musim luruh juga bersifat keemasan, kaya dan memberangsangkan.
Musim luruh diibaratkan cinta yang dimili mampu memberi kesempurnaan kepada pasangan. Musim ini penuh dengan rasa kesyukuran dan kasih sayang sesama pasangan. Kenikmatan dalam percintaan yang terbina akan dikecapi bersama.
4) Musim Hujan (Tengkujuh)
Corak tiupan angin bermusim bersama sifat topografi lokal menentukan corak taburan hujan di Malaysia. Seperti bulan ini, hujan mula membasahi tanah di Malaysia. Pada musim sejuk, daratan cepat menjadi sejuk, tetapi lautan pula lebih lama menyimpan haba. Udara sejuk di atas daratan menimbulkan kawasan tekanan tinggi yang menghasilkan bayu dari daratan ke lautan. Curahan hujan yang berpanjangan meningkatkan kejadian banjir dan air besar di beberapa tempat di Malaysia. Musim dingin ini juga dikatakan musim rehat untuk para nelayan daripada mencari rezeki di tengah lautan.
Musim dingin melambangkan percintaan yang dianugerahkan dengan rasa kasih sayang, kegembiraan dan harapan yang tinggi. Waktu inilah kita melihat lebih ke dalam diri sendiri. Menilai sejauh mana kasih yang dicurahkan dan memperbaiki kesilapan pasangan masing-masing.
Kredit Foto : Google
Empat musim yang mempunyai kaitan dengan percintaan ini bukanlah fakta. Namun ia datangnya daripada hati dan perasaan individu masing-masing. Empat musim yang Allah kurniakan kepada hamba-Nya banyak memberi petanda agar sentiasa ada rasa syukur dan lalui dugaan dengan tabah agar sentiasa mengagumi kebesaran-Nya. Sebagai hamba, semoga kita sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita. Setiap yang tercipta pasti ada makna tersendiri. - CARI Infonet
Kredit Foto : Google
|