Oleh Adib Za
(Sumber foto: onceuponablogbyjulia)
Baru-baru ini, ramai yang tertarik bila mendapati penyanyi tersohor, Dato' Siti Nurhaliza memuat naik gambar minuman susu kambing bersama kurma.
Minuman ini sangat berkhasiat khususnya buat mereka yang ingin hamil atau sedang hamil. Cara penyediaannya tidak sukar, hanya kisar kurma dengan susu kambing.
Tambahkan sedikit serbuk kayu manis jika anda ingin tambah aroma yang lazat. Selamat mencuba! - CARI Infonet
Bahan-bahan:
Segenggam kurma, buang biji
Secawan susu kambing
Sedikit serbuk kayu manis (jika suka)
Cara-caranya:
1. Kisar kurma bersama susu kambing.
2. Selepas isinya halus, tuang ke dalam gelas.
3. Sedia diminum.
(sumber foto: ohnuts)
(sumber foto: onceuponablogbyjulia)
|