CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2612|Reply: 3

Tanda Tubuh Tak Cukup Air Yang Korang Sendiri Tak Perasan

[Copy link]
Post time 18-11-2015 06:37 PM | Show all posts |Read mode
1. MULUT KERING
Antara tanda mudah nak detect bila kurang minum air ialah mulut terasa kering. Tetapi sesetengah orang bila mulut kering pergi air manis pula. Ramai tak tahu air bergula adalah penyelesaian bersifat sementara kepada masalah kesihatan lebih besar. Minum air kosong mampu melincirkan lendir pada membran dalam tekak dan mulut-menjadikan bibir anda sentiasa lembap.

2. KULIT ANDA KERING
Kulit kering adalah petanda awal masalah dehidrasi. Bila air tak cukup, peluh pun kurang-menjadikan tubuh anda kurang berupaya membuang kotoran berlebihan dan minyak sepanjang hari. Ia juga dikaitkan dengan masalah mudahnya tumbuh jerawat akibat minyak berlebihan yang tidak dibuang dari tubuh.

3. SELALU RASA DAHAGA
Selalu rasa dahaga walaupun banyak minum air dan mulut masih kering. Mana tidaknya. Bila dahaga anda terus minum air bergula. Sampai bila pun dahaga tak akan hilang kerana kandungan gula dalam air hanya menjadi penyelesaian sementara untuk rasa dahaga anda.

4. RASA SAKIT PADA SENDI
Cakera tulang belakang dan tulang rawan kita terhasil daripada 80% air. Ini bermakna air sangat perlu untuk mengelakkan 'mengisar' antara satu sama lain sewaktu kita bergerak. Dengan memastikan air mencukupi dalam tubuh, sendi-sendi pada tubuh akan mudah menyerap sebarang pergerakan mengejut yang anda lakukan seperti berlari, melompat atau terjatuh.

5. JISIM OTOT BERKURANGAN
Kalau korang rajin ke gim, korang kena minum sedikit air sebelum, ketika dan selepas selesai bersenam. Air yang mencukupi membolehkan aliran cecair berada pada otot-otot yang sepatutnya pada tubuh anda. Ini seterusnya mengurangkan risiko radang dan bengkak-bengkak pada bahagian tubuh sesudah anda melakukan senaman.

6. SAKIT YANG AMBIL MASA LAMA NAK BAIK
Minum air bolehkan tubuh secara berterusan membuang toksin daripada tubuh. Organ dalam badan menapis bahan buangan tertentu-sama seeprti mesin. Kalau 'mesin' ini tidak diberikan air secukupnya, ia akan cuba 'menarik' sumber air daripada darah, yang bakal menimbulkan masalah kesihatan lain pula.

7. LETIH DAN LESU (Pukul 2 petang dah ngantuk di ofis, betul?)
Bila dah tubuh anda terpaksa tarik cecair daripada darah, ia mengakibatkan darah tersebut kekurangan oksigen secukupnya untuk diedarkan ke seluruh tubuh. Bila oksigen tak cukup, korang akan rasa ngantuk dan letih tak sudah. Bila dah ngantuk, tu yang dekat ofis pukul 2-3 muka dah tersembam di meja. Nak cover balik ada yang minum kopi! Sedangkan untuk jangkamasa panjang, kopi tidak membantu pun untuk korang stay segar!

8. TIMBUL MASALAH PENCERNAAN
Hanya kerana air tak cukup dalam tubuh, perut pun turut sama terheret. Bila air tak cukup, bendalir dalam perut berkurangan, menyebabkan asid perut merosakkan tubuh anda hingga menyebabkan rasa pedih ulu hati dan senak perut.

9. RASA LAPAR (DAN ANDA MASIH KOMPLEN BADAN TAK KURUS WALAU KURANG MAKAN?)
Bila tubuh kekurangan air, ia berasa seolah-olah yang ia perlukan makanan. Ingat tak malam-malam masa sebelum tidur rasa laparlah, nak makan sneklah. Itulah akibatnya. Sedangkan bila anda makan, tubuh anda perlu bekerja lagi sedangkan ia sepatutnya berehat. Selepas itu komplen pula kata tak makan banyak waktu siang pun badan tak kurus!
selongkar10

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2015 08:56 AM | Show all posts
good info...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 10:30 AM | Show all posts
good info to know
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2016 06:43 PM | Show all posts
tq share! berguna
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54459 Replies : 20
Konsert Siti-Judika bak 'hadir muktamar PAS, kerusi takde nombor' mutu penganjuran hauk!
maklukpenggodaKonsert Siti-Judika bak 'hadir mukta
Views : 4941 Replies : 26
HILANG kawan, sakit ke?
fahdramliHILANG kawan, sakit ke?
Views : 45949 Replies : 90
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 32531 Replies : 638
Aku Bukan Ustazah cetus fenomena, paling popular 2024
maklukpenggodaAku Bukan Ustazah cetus fenomena, paling
Views : 8347 Replies : 2
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 282418 Replies : 8326
Harga sawit lebih RM1,000 satu tan, peneroka tidak rambang mata
AbahmungHarga sawit lebih RM1,000 satu tan, pene
Views : 54541 Replies : 11
Sindiket 'Counter Setting' masih beroperasi di KLIA, dakwa sumber
AbahmungSindiket 'Counter Setting' masih
Views : 55256 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 98590 Replies : 1015

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.035906 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list