CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2158|Reply: 0

Ayam Percik Kelantan Merecik-recik!

[Copy link]
Post time 19-11-2015 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib Za




(Sumber foto: kellysiew)




Menu ayam percik sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Namun, ia sedikit berbeza apabila tiba untuk versi Kelantan.



Ayam percik Kelantan berasa lebih lemak dan kurang pedas. Namun, ia sangat dimakan dengan nasi kerabu. Memang merecik-recik!



Jom lihat resepi yang dipetik daripada facebook Resepi Sedap:



Bahan-bahan:
3 keping bahagian dada ayam
4 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah (tapi lagi sedap kuah pekat sendiri tanpa tepung jagung)
2 inci halia*
4 batang serai, hiris halus*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)


Bahan untuk merebus ayam:
3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, hiris
1 keping asam gelugor
Sedikit garam
Air untuk merebus


Cara-cara:
UNTUK KUAH :- Satukan santan dengan bahan kisar halus, kacau rata. Masak dengan api sederhana sambik dikacau selalu hingga kuah pekat dan kelihatan berkilat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api. Ketepikan.


UNTUK AYAM :- Ayam dibersihkan, cuci dan tos. Didihkan air bersama bahan2 untuk merebus ayam. Masukkan ayam tadi dan rebus setengah empuk. Angkat dan toskan.


UNTUK AYAM PERCIK KELANTAN :- Ayam tadi dibakar dengan api sederhana, sambil dibalik2kan. Sapu kuah pada keseluruh ayam tadi sambil terus dibakar hingga ayam masak. Angkat dan tuang baki kuah atasnya sebelum dihidangkan. - CARI Infonet


(Sumber foto: Malaysianmostwated)


Sumber resipi: Facebook Resepi Sedap

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.355651 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list