CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6126|Reply: 8

Kemana Kita? Jika Berkunjung Ke Terengganu

[Copy link]
Post time 19-11-2015 05:17 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ






Terengganu merupakan sebuah negeri yang terletak di pantai timur semenanjung Malaysia dan terbahagi kepada 7 daerah. Negeri ini sememangnya terkenal dengan keindahan pantai, hutan dan pulau-pulau yang cantik.


Negeri yang sinonim dengan penyu ini juga terkenal dengan pelbagai makanan yang sedap dan anda wajib cuba jika berkunjung ke sini. Antara makanan yang popular seperti keropok lekor, nasi dagang, sata, otak-otak, ikan celup tepung, sate ikan dan banyak lagi.


Berikut merupakan beberapa tempat menarik yang wajib anda kunjungi jika ke Terengganu :






- Pantai Batu Buruk
Pantai yang terletak dibandar Kuala Terengganu ini merupakan antara destinasi kunjungan utama buat pengunjung tempatan dan luar. Kebiasaannya sebelah petang ramai pengunjung akan datang bersantai dan membawa anak-anak untuk bermain layang-layang disamping menghirup udara pantai yang segar. Disini juga terdapat aktiviti menunggang kuda bagi yang berminat.






- Masjid Kristal
Masjid ini terletak bersebelahan sungai Terengganu dan kos binaan mencecah RM23 juta. Jika ingin melihat panorama masjid yang cantik, disyorkan datang pada sebelah malam.






- Kenyir Water Park
Taman Tema Air Kenyir atau Kenyir Water Park merupakan tarikan terbaru di negeri ini. Mula dilancarkan pada Mei 2015, taman tema air ini mendapat ramai kunjungan terutamanya dihujung minggu. Untuk ke taman tema ini, pengunjung perlu menaiki bot yang disediakan dan merentasi tasik sekurang-kurangnya 5 minit perjalanan dari jeti.








- Dataran Shah Bandar
Dataran ini terletak dipusat bandar dan bersebelahan dengan Pasar Payang. Kedudukannya bersebelah dengan muara amat sesuai untuk bersantai terutamanya di waktu petang dan malam. Ada juga pokok berlampu, gerai makan dan pasar malam seperti Uptown.





- Masjid Terapung (Masjid Tengku Zaharah)
Masjid Terapung adalah sebuah masjud berwarna putih yang tersegam indah diatas air dan terletak di Kuala Ibai. Jaraknya tidak jauh dari pusat bandar, kira-kira 10 minit sahaja jika memandu dari Pusat Bandar.






- Pantai Airport
Pantai ini sememangnya terkenal kerana terletak berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Lokasinya yang berdekatan dengan lapangan terbang pastinya memberi satu pemandangan yang indah kerana anda dapat melihat pesawat udara sedang berlepas dan mendarat. Sebut saja Seberang Takir, pastinya air buah gelas besar menjadi bualan dikawasan ini.






- Pasar Payang
Pasar ini sememangnya terkenal di Terengganu dan menjadi tumpuan pelancong. Disini terdapat pelbagai barang-barang tembaga, cenderahati, sutera dan sebagainya. Tidak lengkap jika ke Terengganu jika tidak berkunjung kesini.






- Taman Tamadun Islam
Taman ini adalah satu-satunya taman di Malaysia yang terletaknya 21 monumen replika bangunan terkenal di dunia seperti Masjidil Haram, Taj Mahal, Kubak As Sakhrah, Masjid Nabawi, Kota Islam Lama Aleppo dan sebagainya.






- Mini Zoo Kemaman
Taman Rekreasi dan Mini Zoo ini terletak dalam kawasan seluas 35 ekar di Bukit Takal Kemaman. Mini Zoo ini menempatkan pelbagai jenis spesis hidupan liar seperti harimau, landak, beruang, ular sawa dan banyak lagi.






- Pantai Penarik & Rhu Sepuluh
Pantai Penarik sememangnya terkenal dengan ikan dan sotong celup tepung. Disamping menikmati pemandangan pantai yang cantik, pantai ini juga merupakan tempat mandi manda.






- Air Terjun Sekayu
Untuk yang ingin merasai keindahan hutan dan bermandi manda di air terjun, bolehlah berkunjung ke Hutan Lipur Sekayu atau juga dikenali Air Terjun Sekayu. Tempat ini sangat terkenal untuk berkelah, jungle tracking dan juga perkhemahan.






- Rantau Abang
Pantai ini sangat popular kerana terdapat pusat santuari penyu dan merupakan tempat penyu mendarat untuk bertelur.





- Pulau Redang
Pulau peranginan yang tidak asing lagi bukan sahaja dikalangan pengunjung di Malaysia malah hingga ke pengunjung luar negara. Dipulau yang cantik ini sememangnya menjadi kegilaan kaki penyelam dan untuk aktiviti snoorkeling. Untuk yang ingin menghabiskan masa cuti bersama keluarga dan orang tersayang, pulau ini pastinya menjanjikan seribu kenangan manis.


Sebenarnya terdapat banyak lagi pulau, pantai dan tempat-tempat yang indah dan popular di Terengganu. Namun, hanya setakat ini sahaja yang sempat penulis kongsikan buat masa ini. Semoga artikel ini dapat memberi anda idea untuk merancang percutian di musim cuti sekolah nanti. Selamat bercuti! - CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2015 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua tempat tu best
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 10:16 PM | Show all posts
Sebahagiannya aku dah gi:

1.paso payang

2.pulau redang

3.pantai bt buruk

4.masjid terapong

5.masjid kristal

Sume not bad la
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2015 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kite gi belake doh
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2015 02:57 PM | Show all posts
terengganu spesel ye pulau2 yang indah dengan pepasir yang pintuh dengan tiupan angin bayu yang mendamaikan....welcome to ganu for ouls...

#anakjatiganu
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 02:23 PM | Show all posts
kalau balik confirm pegi pasor payang dgn pantai batu buruk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2015 03:25 PM | Show all posts
starbee replied at 23-11-2015 02:23 PM
kalau balik confirm pegi pasor payang dgn pantai batu buruk...

starbee orag ganu gok ke???

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 01:47 PM | Show all posts
Keenah replied at 23-11-2015 03:25 PM
starbee orag ganu gok ke???

laki ambe org ganu... kekgi bln 12 balik la... dah lama tak makan kepok lekor ... balik borong kepok keping banyak2... 10 kilo habih gitu jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 02:59 PM | Show all posts
Gi ganu jangan lupa makan seafood goreng tepung kat gerai2 area airport tu.. sedap n murah..
coconut shake dia pon sedap...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.055533 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list