View: 15479|Reply: 147
|
[Tempatan]
Hospital siasat dakwaan layan buruk pada ibu bersalin #101 PENJELASAN
[Copy link]
|
|
Edited by GhostWalking at 28-11-2015 03:40 AM
Hospital siasat dakwaan layan buruk pada ibu bersalin [url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]
22 Nov 2015, 4:47 petang 22 Nov 2015, 4:53 petang
Pihak Hospital Sungai Buloh akan melakukan siasatan berhubung dakwaan layanan buruk jururawat terhadap wanita yang sarat untuk melahirkan anak susulan beberapa keping gambar didakwa memaparkan mereka tidur di lantai wad bersalin hospital itu.
Ia ekoran tulisan pengguna Facebook yang dikenali Khairana Rahman mendakwa menerima layanan buruk ketika ingin bersalin dan memuatnaik empat keping gambar antaranya didakwa memaparkan beberapa orang wanita tidur di atas lantai wad itu, menjadi viral.
Pengguna Facebook itu yang berkongsi pengalamannya bersama wanita lain yang akan bersalin di hospital tersebut pada September lalu dan turut memuatnaik gambar yang diambilnya itu semalam.
Dihubungi Malaysiakini petang ini, Pengarah hospital Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata pihaknya akan menyiasat dakwaan itu termasuk yang melibatkan beberapa kakitangan di wad itu yang didakwa bercakap kasar dan beliau berikrar akan membuat penambahbaikan.
"Kadang-kadang terlalu ramai (orang yang nak bersalin). Ia bermusim. Mengenai gambar tidur atas lantai itu tak betul kerana kami sediakan katil-katil yang rendah untuk menampung kerusi yang kami sediakan. Saya tak pasti gambar itu gambar bila dan akan buat siasatan.
"Mengenai cara soft skill kakitangan kami, kami sentiasa mengingatkan mereka dari segi soft skill. Mungkin ini isu terpencil dan akan buat siasatan dengan ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G).
"Kalau ada kakitangan kami yang tak laksanakan etika kerja dengan betul, kita akan ambil tindakan dan penambahbaikan," katanya.
Mengulas lanjut Khalid juga menjelaskan bahawa di hospital itu mempunyai lima wad bersalin dan pihaknya juga telah membuka wad kelas satu untuk ditukar menjadi wad untuk menempatkan ibu selepas bersalin.
"Jadi saya tak pasti (tentang tulisan di Facebook) sebab kami menyediakan katil mencukupi di dewan bersalin kami bila penuh.
"Kalau belum sakit, mereka menunggu di kerusi dan kalau dekat dengan rumah, kita nasihatkan balik rumah dan bila benar-benar nak bersalin datang ke hospital," katanya.
Khalid berkata kadar kelahiran di hospital tersebut agak tinggi dengan kira-kira 50 orang satu hari dan seramai lapan hingga sepuluh kes yang memerlukan pembedahan untuk melahirkan bayi manakala 40 orang lagi bersalin secara normal.
"Ini bermakna, setahun kira-kira 13,000 orang. Kadang-kadang wad selepas bersalin dan wad sebelum bersalin agak penuh, ini disebabkan kelahiran yang ramai.
"Kalau wad penuh kita akan maklumkan penuh dan kalau masih nak bersalin di sini kami akan beri surat akujanji pada mereka. Kalau sanggup tunggu untuk dapat katil biasanya dalam 48 jam," katanya.
Sehubungan itu, Khalid juga menasihatkan kepada orang ramai terus memaklumkan kepada pihak pengurusan jika tidak berpuas hati dengan perkhidmatan layanan di hospital itu daripada "berbincang" di media sosial.
Ini kerana, katanya, dibimbangi perkara tersebut akan mengundang perspektif negatif masyarakat terhadap perkhidmatan kerajaan.
"Saya rasa amat terkilan dengan posting itu kerana ternyata ada pihak juga yang memuji bilik bersalin kami. Bagaimanapun saya akan buat penambahbaikan kalau ada ruang yang tak baik.
"Kami juga akan hubungi pihak perhubungan pelanggan kami untuk dapatkan kepastian daripada gambar-gambar yang diviral itu. Penambahbaikan kita dah mulakan dari bulan Oktober 2014 selepas kita lihat trend pesakit nak bersalin semakin ramai," katanya.
s
|
|
|
|
|
|
|
|
Pesakit mmg ramai sangat pun....
|
|
|
|
|
|
|
|
tali bra ahkak dh jatuh tuu...
|
|
|
|
|
|
|
|
bila dah sakit dik.. kain londeh pun x perasan dah... kesian sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ngeri pulak aku tgk dorg dgn perut memasing....
Beranak katil spital swasta pun rasa x selesa mcm mn la kena baring atas lantai camtu...simpati |
|
|
|
|
|
|
|
Mase aku nk bersalin anak ke-3 hari tu mmg kekurangan katil bagi bilik menunggu dkt HSB ni..
tapi tak delah sampi kena baring kat lantai...
diorg ade sediakan katil yg rendah..
mmg ramai turn nk bersalin waktu tu..
nurse pun smua ok..diorg pn mmg tak bole nk buat ape sbb ramai.. |
|
|
|
|
|
|
|
warga asing dah memenuhkan wad2 kat spital kerajaan ni...sepatutnye wrga asing disuruh p private, walaupun warga asing byran lebih tinggi dr org malaysia, tp aku rase x cukup tinggi sbb tiap tahun warga asing ni beranak..
aku ngah tunggu hari nak beranak ni, takut gak klau jd situasi camni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Layanan hospital.sg buloh ni rasanya baik ....bukan bab bersalin la...tp tgk.rata2 baik x sombong.... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg bermusim..skarang musim baby valentine lahir |
|
|
|
|
|
|
|
ade yg baik, ade yg tak baik. yg tak baik ni mjejaskan nama yg baik.. bertabahlah nurse/doc. |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar nampak macam Rohingya dan Indon je yang menunggu nak bersalin tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai ummah suchi pprt kalau kes macamni terus gi viral tapi xreti2 nak report kat pohak hospital direct. Ujong2 bila siasatan dilakukan didapati hanya salah paham pesakit dan juga tokok tambah ajinomoto perisa babi bagi menyedapkan cerita. Lepas dah salah tu xreti pulak nak mengaku mintak maap kat post fb dia. Ummah macamni selayaknyalah diherdik oleh misi2 dalam tu smpai lunyai baru tau langit tggi rendah: |
|
|
|
|
|
|
|
Sg buloh ngn serdang tumpuan ibu2 nak bersalin... kalau serdang sampai terpaksa pindahkan ke kajang... kajang pon ok... x serabut... tenang je walaupun hospital lama...
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan hospital sungai buluh jek ni...hospital klang pun sma...ramai benor org nak bersalin...
tapi nurse pun satu hal...dah tu keje ko...buat jek lah...tak yah lah nak mulut longkang sgt....
pihak berkuasa/ atasan hospital ni...klu report pun dia buat derk jek...mesti defend satff derang...bila dah viral gini...mula lah kelam kabut...
tapi kawan aku yg bersalin kat HSB ni ok jek...takde lak alami mimpi kena cam gini...
kawan kau yg bersalin kat spital temerloh yang kena sound dgn nurse mulut puaka... |
|
|
|
|
|
|
|
worse.. sg buloh hospital
especially wad bersalin.. mmg betul pun
dari dlu smpai skrg.. sama layanan misi2 mmg teruk..
pengalaman dari anak menantu sendiri... beranak 1st baby
dia dah tobat.. for next baby dia nak kumpul duit branak kat private |
|
|
|
|
|
|
|
nanti ada la yg ckp.kalo xnk dilayan bagai kasta rendah...
sila menanbung dari kecil utk g brsalin kt pcmc hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
tajam nye mate sis iols yg laki ni cpt2 scroll up
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg baik otang tak kan nampak... Yg xbaik je org igt smpai bila2 |
|
|
|
|
|
|
|
hahhahahahaha pantas betul mata tertancap
|
|
|
|
|
|
|
|
Kadang-kadang patient pun mulut hansuang jugak |
|
|
|
|
|
|
| |
|