CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7486|Reply: 22

Mira Filzah Sangkal Hubungan Dengan Mia Ahmad Dingin

[Copy link]
Post time 24-11-2015 10:24 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pelakon yang sedang meningkat naik Mira Filzah menyangkal dakwaan hubungannya dengan aktres Mia Ahmad kini dingin gara-gara gosip percintaan dengan Syarul Ridzwan.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 22, berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Mia dan hanya mengenali aktres itu sebagai rakan artis.

"Apa yang timbul sebelum ini hanyalah gosip dan saya memang tiada sebarang masalah dengan Mia seperti mana didakwa sebelum ini.

"Malah saya hanya kenal Mia sebagai rakan artis, itu sahaja," katanya ketika dihubungimStar Online pada Isnin.

Mira diminta mengulas laporan ruang gosip sebuah akhbar pada Ahad lalu yang menyebut dia menjadi punca perpisahan pelakon Mia Ahmad dan dan Syarul Ridzwan.

Mia dan Syarul.
Bagiamanapun Syarul dalam satu kenyataan kepada mStar Online menyifatkan individu yang menyebarkan cerita berkenaan mungkin bersikap dengki dengan hubungan baiknya bersama kedua-dua aktres tersebut.

Dalam pada itu, Mira menegaskan dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Syarul seperti mana didakwa sesetengah pihak sebelum ini sehingga menjadi punca keretakan hubungan Mia ada Syarul.

Jelas Mira, dia tidak mengambil serius dengan dakwaan dilemparkan terhadapnya kerana sedar ia cuma gosip semata-mata.

"Saya tidak rasa apa-apa pun apabila nama dikaitkan dengan gosip berkenaan kerana nama pun gosip.

"Bagaimanapun hubungan saya dengan Syahrul hanya sekadar rakan artis dan tidak lebih daripada itu," jelasnya.

Sementara itu, Mira berkata, kontroversi berkenaan tidak meninggalkan kesan kepada karier seninya yang sedang meningkat naik dan melakukan kerjanya seperti biasa.

"Alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku dan paling penting saya fokus terhadap karier saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mira kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri terbaharu untuk slot Akasia di TV3 bersama aktor Adi Putra.

-mstar



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2015 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mokcikKSKB at 24-11-2015 10:29 AM

Pape jelah dik mirah.syg mukancomel tp org kenal dik gossip ngan mamat sentap tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 10:48 AM | Show all posts
da naik annoying la pulak kisah 3ekor mangkok ni semak betul..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Mira jadik heroin dah ok. Sweet je. Tapi bila digandingkan dengan adi putra, macam tak sesuai la. Dah macam abang dengan adik. Atau pak sedara dengan anak sedara pulokk
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 10:56 AM | Show all posts
caplimau replied at 24-11-2015 10:48 AM
da naik annoying la pulak kisah 3ekor mangkok ni semak betul..

tau tak pe.. -_-"


Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian mira baru nk naik dh dihimpit cite2 bodoh sebegini. Tp sape suruh mangkuk sgt kan yg pegi bertweet manja2 secara public kt tweeter tu knapa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2015 11:18 AM | Show all posts
brp byk thread la pasal diorg ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasiblah dik mira oi, bertabahlah kena serang dek karats mia tunggul kayu terpinggir di tasik kenyir tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2015 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Dua dua cantik janganlah gaduh gaduh uols
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 12:02 PM | Show all posts
dia comey yg mcm x berapa comey
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 01:03 PM | Show all posts
ya allah...hadap sangat la nak buka thread pasal 3 retis sendu ni... cerita cinta pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 01:13 PM | Show all posts
hahahaha... tak abes2 lagi... lantak p la nak bchinta ke hape...
janji jgn ko caras suami org dik...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 01:15 PM | Show all posts
dah gatal sgt duk bertweet manja2..geli baca..
aku ramai kwn jenis mcm ni..bajet lemah gemalai, tp gelenyar
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 01:31 PM | Show all posts
lebih kurang je kes dieorang ni, termasuk lah peminat penatik
sama naik jer, nyampah pulaks

mia ahmad-syarul ridwan-mira filzah
ayda jebat-zul ariffin-zahirah
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Gosip xbest .. hahaha !
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 03:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Refer pada pic di atas tu,mia patut pencen dri dunia seni sebab xde aura..gaya bergambow pun xde dik non!
mcm mana ko boleh terjebak dik mia oii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 09:55 AM | Show all posts
xknal. sape nih?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 10:52 AM | Show all posts
x kenal lak sape sejuk beku nih
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 01:14 PM | Show all posts
mokcikKSKB replied at 24-11-2015 10:26 AM
Pape jelah dik mirah.syg mukancomel tp org kenal dik gossip ngan mamat sentap tu

oh ni mamat kuat sentap ke? nmpak dia ni kat mjlis org kawin, xsombong. xsangka kuat sentap heolls ni

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 01:15 PM | Show all posts
barfi replied at 24-11-2015 10:56 AM
Mira jadik heroin dah ok. Sweet je. Tapi bila digandingkan dengan adi putra, macam tak sesuai la. Da ...

pak sedara n anak sedara tu tepat sgt tu

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.148750 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list