Merancang untuk melancong ke China tapi tak mahu mengunjungi . Anda perlu senaraikan Shaanxi sebagai salah satu wilayang untuk kamu kunjungi. Kerana bandar ini adalah kaya dengan sejarahnya dan juga terletak di antara benua yang menyumbang antara ekonomi terbesar pada satu masa dahulu
Makanan halal senang cari
Xi'an adalah bandar pertama di China yang memperkenalkan Islam dan sehingga hari ini ia merupakan antara bandar Muslim terbesar. Pastinya mudah untuk kamu menikmati makanan halal yang berada di mana-mana-mana
Anda boleh dapatkan semangkuk suan la fen (nasi panas masam) di restoren berhampiran dengan kos RMB6. Tapi jika anda tak tahan pedas, anda perlu sediakan banyak aair kerana sup ini sangat pedas.
Kek beras pulut Juga boleh anda dapati dengan hanya kos RMB3. Snek yang paling best sebelum anda tamatkan hari anda.
Snek Kering
bagi yang sukakan snek kering, anda boleh mencuba dengan kurma China, pisang dan kiwi yang ke semuanya telah dikeringkan. Sangat enak untuk perjalanan yang mengasikkan
Mala fen (Hot Rice Noodle)
Diperbuat daripada cili kering yang akan membangkitkan kehangatan pada mulut anda. Paling menarik ia dihidangkan didalam plastik.
Murah
Secara amnya, di Xian An lebih murah jika dibandingkan melancong di Beijing ataupun Shanghai. Daripada makanan sehingga ke penginapan ia tidak memerlukan kos yang tinggi.
Tentera Terracotta
Ditempat ini sebenarnya merupakan tempat tentera teracotta pertama. Walaupun kini hanya tanah liat namun ia sebenarnya telah diacu menyerupai tentera sebenar. - CARI Infonet.