Edited by GhostWalking at 8-12-2015 12:42 AM
Mengaku bersalah rogol adik ipar 354
0 0 Google +0
Seremban: Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, terhadap dua pertuduhan merogol adik iparnya berusia 11 tahun.
Lelaki berusia 35 tahun itu membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim N Kanageswari.Â
Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu di sebuah rumah di Port Dickson, dekat sini, pada 1 September dan 23 November lalu.
Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.Â
Mahkamah menetapkan 30 Disember depan sebagai tarikh jatuh hukum.
Media Metro pada 25 November lalu, melaporkan, seorang lelaki yang baru sebulan berkahwin dengan remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia 14 tahun, ditahan kerana merogol adik iparnya berusia 11 tahun.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2015 @ 4:29 PM
« »
Penganggur menghadapi dua pertuduhan merogol adik ipar berusia 11 tahun, dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Seremban. - Foto WAN NUR AMIRAH WAN MOHAMED REDZA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96845#sthash.P8QkptzT.dpuf
|