CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24798|Reply: 91

Senarai Makanan Yang Boleh Dibawa Ketika Melancong

[Copy link]
Post time 1-12-2015 06:30 PM | Show all posts |Read mode


Oleh Fyruz Hanna


Mahu kata patriotik sangat pun tidak, tetapi ada diantara kita kalau dah namanya tekak Melayu, memang nak cari makanan melayu je.


Berpeluang mengunjungi negara luar lebih-lebih lagi negara bukan Islam membuatkan mereka yang sukar menerima makanan baru terindu-rindu makanan malaysia.


CARI Infonet, menyenaraikan antara menu makanan yang boleh anda bawa ketika anda mengembara




1. Serunding
Kerana keadaannya kering, serunding boleh disimpan lama. Juga serunding tak kira ayam, daging, ikan bilis anda boleh 'modified' dengan makanan lokal.




2.Sambal ikan bilis kering
Juga jenis makanan yang kering, jadi ia sangat sesuai sebagai bekalan. Ramai juga yang menuntut diluar negara memesan makanan ini. Caranya mudah hanya mengisar bahan-bahan seperti cili kering, bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga pecah minyak. Letakkan garam dan gula secukup rasa. Siap! Tapi jangan bungkus sambal ini ketika panas.




3. Mee segera/ Maggi
Walaupun banyak jenama diluar dan pelbagai rasa namun bagi yang memang tekak melayu pastinya datang semangat kebangsaan itu, rasa nak makan Maggi kari. Lagipun perisa kari tu kan berbeza dengan negara lain.




4. Sardin dalam tin
Mungkin ramai yang bimbang untuk mencari makanan halal. Perut pula sering minta diisi. Jadi pilihkan sardin.




5. Pes Segera
Pes nasi goreng ke, pes bihun goreng , kari ayam dalam tin, beriyani dalam tin, kini anda tak perlu risau lagi, semua ada dalam tin.




6. Sambal Belacan
Ha... jangan terkejut diknon! Kini ada sambal belacan yang dah dibotolkan. Sesiapa yang tak boleh berenggang dengan sambal belacan. Nahhh!!!~




7. Dodol
Dodol boleh dijadikan snek harian atau alas perut ketika anda mengembara sebelum mencari menjumpai makanan. Dekat kedai serbaneka, ia dibungkus kecil-kecil menyerupai gula-gula, kan senang bawa tu. -CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2015 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan lupa bawak periuk elektrik kecik untuk masak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 07:48 PM | Show all posts
Not me. Aku tak tercari cari makanan Msia klu kat oversea.  Aku suka try local food. Klu pigi oversea nak cr makananan Msia, baik aku dok Msia je. Aku gi oversea paling korok bawa coklat Sneakers dgn maggie cup 2-3 pek je utk alas perut klu mlm2 lapar malas nak kuar.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy mmg jenis yg suka try local food, yg selalu bwa pun maggi in cup n milo 3in1. Bekalan mknn yg dbwa pun sy mkn in case kl tgh mlm lapar.hahaha.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 02:31 AM | Show all posts
tidak semua negara boleh bawa serunding tu,
cam canada, kalau ada daging, so big no no dah tu...
walaupun di masak...

so better buat list, nama negara dan makanan....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 03:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pulak kalau setakat berdua ngan hubby je..bwk megi sket dah ckp dah..kalau ngan ank2 skali, wajib bwk mcm2..bkn sbb jenis nk mkn makanan kiter je..tp sbb ank2 kuat makan..aritu msa pegi europe bwk serunding ngan nasi impit, mmg layan gak. Oklah buat isi perut sementara nk cari makanan lain..

Yg paling sadis msa g perth..sbb dah tau dorang strict  so tak bwk byk mknan.. Rege makan dahlah mahal, ank plak kjap2 nk makan...botak pale...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2015 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Audetom replied at 2-12-2015 03:24 AM
Aku pulak kalau setakat berdua ngan hubby je..bwk megi sket dah ckp dah..kalau ngan ank2 skali, waji ...

nasi impit masak mcm mane?

bawak periuk elektrik sekali ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 11:39 AM | Show all posts
Ikut negara dan tempat yang nak dituju.  Kena tahu peraturan negara yg kita nak lawati tu dan makanan jenis apa yang mereka benarkan utk elakan bersoal jawab.  Selalunya mee in cup tak ada masaalah dan amat membantu nak2 kalau tempat yang kita tuju tu memang kita tahu tak ada jual halal food.  Just masuk je dlm bag sampai waktu lunch just cari kedai jual air panas dah cukup.  Dah jimat masa nak tercari2 kedai makan.  Kebanyakan cafe ada je jual plain hot water.  Kalau kat Japan 7E dia org bagi free je air panas ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2015 01:16 PM | Show all posts
roti gardenia
roti arab yg bulat tu
oreo/chipsmore
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
drivethru replied at 2-12-2015 05:59 AM
nasi impit masak mcm mane?

bawak periuk elektrik sekali ke?

Owh..masa g paris tu stay umah adk ipar. So msk kt umah dia jer..buat bekalan g Amsterdam.   Kitorang drive dr Paris-Ams..bila stop je, mkn sket2...sampai esok pon masih elok lgi..

Masak dlm periuk biasa ke periuk elektrik pon boleh rsnya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 04:34 PM | Show all posts
bila plk memang suka bekal membekal ni...even melancong dalam negeri jer pun.... yer la kan melancong ngan family banyak bebudak klu nak benti makan kedai renyoh sangat.... ngan risau org sebelah x selesa... so amik altenatif membekal la.... sambal bilis n serunding tu memang menu wajib time melancong....... pernah buat ayam masak merah gak..... tahan jer.... tapi kena masak lama la sampai sambal tu betul2 masak....

kengkawan lain kot2 leh sunggest lagi menu lain yg tahan lama utk melancong share la...................
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 11:49 PM | Show all posts
kalau melancong dengan family, kena fikirlah diaorang tu. macam pergi korea, kitaorang bawa sambal ikan bilis, serunding, nasi impit kuah kacang pun ada. itu makan malam sebab first day sampai takde dinner. masa pergi gold coast, beli je groceries dekat sana masak sendiri sebab apartment ada dapur. kalau bawa anak, kena sediakan makanan yang biasa diaorang makan lagi lagi kalau jenis memilih
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 12:05 AM | Show all posts
kalau travel dengan org tua dan ada budak2 logik la nak bawak bekal periuk nasik segala. tapi kalau pergi dengan yg sebaya gigih jugak nak hangkut semua tu bagi aku over la. mi segera dalam cup tu consider ok tapi kalau sampai beras santan kotak rempah brahims perencah nasik goreng sampai dah mcm pasar mini mmg tak berhagak la. tapi lagi stress bila set2 yg bawak segala macam barang ni tak beli luggage masa pergi (kes naik AA) pastu harap nak tumpang kat member yg beli luggage. konon2 nanti boleh makan sesama. kowser sangat baik aku carik makanan kat luar.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 12:47 AM | Show all posts
suka2 replied at 2-12-2015 11:05 AM
kalau travel dengan org tua dan ada budak2 logik la nak bawak bekal periuk nasik segala. tapi kalau  ...

honestly me tak faham kenapa gigih nak makan makanan malaysia
bila kat ovc, bukan salah satu reason kita travel
untuk rasa foreign foods...


Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 02:08 PM | Show all posts
Not me for bawak bekalan bagai... try je ape sahaja makanan local disana
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 02:33 PM | Show all posts
kalau travel 2 org mmg xde hal, brunch trus dinner..bole skip meal
kalau bwk anak2 byk la blanje nye..sape penah travel bwk anak2 besar(bukan baby) tau la..
mesti kene bwk snack2 yg bole selit in between meal..
oreo, kitkat, wafer mcm loacker tu, roti krim..kalau rajin wat nasik goreng / sandwiches
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2015 02:38 PM | Show all posts
suka2 replied at 3-12-2015 12:05 AM
kalau travel dengan org tua dan ada budak2 logik la nak bawak bekal periuk nasik segala. tapi kalau  ...

ini komen paling win!! Bg aku, klu bawa budak2 pun, kita kena ajar budak2 ni belajar mkn seadanya. Nak pilih2 pula. Esok klu hidup susah anak riuh nak mkn sedap sedap. Hamik ko. Aku tak pernah bawa bekal segala periuk belanga. Memberatkan beg dan melambatkan pergerakkan.

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 02:43 PM | Show all posts
faraway1 replied at 3-12-2015 12:47 AM
honestly me tak faham kenapa gigih nak makan makanan malaysia
bila kat ovc, bukan salah satu reas ...

I agree with you 100%. Org kita ni gigih kata tekak Melayu. Lgsg tak adventure nak cuba local food. Pegi overseas tp berkuntum dgn sesama sendiri. Tak mau bergaul dgn yg lain. Ini lah dilema org Melayu. Susah nak adapt kat tempat asing. Psl tu orang Melayu lambat nak maju.

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 05:35 PM | Show all posts
aku suka bawa dodol
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku bawak kurma je, sempoi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.085277 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list