|
Oleh Adib ZA
Meskipun pelbagai persaingan di kalangan restoran dan juga kafe yang tumbuh bagai cendawan di ibu kota, namun ramai yang masih tak mahu melepaskan peluang merasai kelazatan menu bawah pokok!
Ini termasuklah cendol dan juga laksa utara yang lazimnya dijual di gerai yang lokasinya tak lain tak bukan di bawah redup pokok.
Jika anda ke Shah Alam, memang banyak pilihan untuk menu sebegini dan salah satunya terletak di Seksyen 7, lebih tepatnya di belakang Unisel.
Memetik laman myselera.com, antara cendol yang ditawarkan di sini termasuklah cendol biasa, cendol pulut dan cendol tapai. Memang terangkat! Lebih-lebih lagi di makan bawah pokok yang redup dan cuaca yang panas.
Terasa hilang dahaga! Di samping itu, jika anda ingin mengisi perut, ada juga laksa utara yang sangat sedap. Yang pastinya, harga ditawarkan sangat murah berbanding di restoran.
Jomlah bawa anak-anak untuk minum petang di sini. Pasti seronok dan berbaloi. - CARI Infonet
|
|