View: 1743|Reply: 4
|
[Dunia]
11,950 batu karang
[Copy link]
|
|
11,950 batu karang
http://www.sinarharian.com.my/global/11-950-batu-karang-1.459808
8 Disember 2015
MASALAH pedih ulu hati dan sakit perut yang dialami seorang wanita di India selama dua bulan akhirnya terjawab selepas doktor berjaya mengeluarkan 11,950 batu karang, sekali gus mencipta rekod dunia baharu.
Minati Mondal, 51, dimasukkan ke Hospital Debdoot Sevayan di Kolkata, Bengal Barat selepas imbasan ultrabunyi menunjukkan wanita tersebut menderita penyakit batu karang.
Dr Makhan Lala Saha berkata, beliau terkejut selepas mengeluarkan hampir 12,000 batu karang ketika prosedur laparoskopi yang berlangsung selama sejam.
"Saya tidak menyangka hempedu mampu menampung jumlah batu sebanyak itu. Pembantu saya mengambil masa kira-kira empat jam untuk mengira jumlah batu berukuran antara 2 milimeter (mm) dan 5 mm tersebut," jelasnya.
Menurutnya lagi, beliau juga telah menghantar surat kepada Royal College of Pathologists di London untuk menyimpan spesimen tersebut di muzium. - Daily Mail
|
|
|
|
|
|
|
|
erkk gtu ke rupa batu karang? bsinar bcahaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
penyakit batu karang??? banyaknyee |
|
|
|
|
|
|
|
boleh jual tu...hahaha.,.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|