View: 5972|Reply: 59
|
[Tempatan]
MAS Nafi Miliki Boeing Tidak Dituntut Di KLIA
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Malaysia Airlines (MAS) menafikan memiliki mana-mana pesawat yang tidak dituntut dan diparkir di tempat letak pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut seorang pegawai perhubungan media MAS, syarikat tersebut tidak pernah memiliki mana-mana tiga pesawat Boeing 747-200F berkenaan.
"Sekiranya ia milik kami, kami akan menuntutnya," kata pegawai tersebut.
Pakar penerbangan mengaitkan dua daripada tiga pesawat tersebut dengan MAS selepas satu carian secara dalam talian mendapati MasKargo telah menyewakan dua pesawatnya kepada Air Atlanta Icelandic.
Bagaimanapun, Air Atlanta Icelandic menegaskan mereka 'tiada kaitan' dengan tiga pesawat yang tidak dituntut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Malah menurut syarikat penerbangan itu, pesawat berkenaan telah dibatalkan nombor pendaftarannya dan dikembalikan kepada pemiliknya.
Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran Air Atlanta Icelandic, Baldvin M.Hermannsson memberitahu The Star dalam satu e-mel bahawa tiga pesawat tersebut bukan milik syarikat penerbangan itu tetapi dikembalikan kepada pemiliknya pada 2010.
"Pesawat tersebut yang menggunakan nombor pendaftaran TF-ARM, TF-ARN, TF-ARH, yang diletakkan di Malaysia, dikendalikan oleh Air Atlanta Iceland sehingga 2010 apabila ia dikembalikan kepada pemiliknya.
"Air Atlanta Icelandic tidak mengetahui siapa pemilik pesawat itu pada hari ini dan tiada kena-mengena dengan pesawat tersebut," kata Hermannsson.
Hermannsson tidak mendedahkan siapa pemilik pesawat tersebut pada 2010.
Katanya, ketiga-tiga pesawat itu dibatalkan pendaftarannya daripada Pejabat Pendaftar Jabatan Penerbangan Awam Icelandic.
Pesawat tersebut dengan nombor pendaftaran TF-ARM dan TF-ARN dibatalkan pendaftarannya pada 3 Januari 2012 manakala TF-ARH pada 9 Jun 2011.
mstar
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan dia punya, bukan saya punya, bukan awak punya..
habis siapa yang punya? |
|
|
|
|
|
|
|
benda camni pon boleh main main |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh je suke suki pi tinggal kapalterbang mcm tinggalkan kereta buruk tepi semak, harap ade la hamba Allah beli kapalterbang ni buat restoran ke, rumah ala kontena ke |
|
|
|
|
|
|
|
siapa pulak yang derma kapal terbang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Something suspicious here
Icelandic kata dipinjam dari Malaysia dan dikembalikan di Airport KLIA
Manakala MAS tidak mengaku kapal itu miliknya
Tapi rekod sah menunjukkan Icelandic memang pernah menyewa 2 buah kapal Maskargo
Dalam rekod ada 2 sahaja, tp yg dipulangkan 3
Kenapa MAS tidak mengaku kalau betul kapalnya?
Kenapa pendaftaran ketiga-tiga kapal itu dibatalkan? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa masalah kalau MAS mengaku itu kapalnya? |
|
|
|
|
|
|
|
MAS kan mesken... jual je la kapakterbang yang tatau sapa punya tu |
|
|
|
|
|
|
|
Aah kan kenapa dorg xnk ngaku spe punya... Tuntut je lah, ke ade keburukan kalau dituntut? |
|
|
|
|
|
|
|
kan dah untung pinjam 2 bagi balik 3? itu pun tak nak kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
sebelum ni kapal terbang yang dipinjam dah claim total loss..tetiba pulak ada...sapa nak mengaku |
|
|
|
|
|
|
|
nanti kena bayar hangar..
cuba kalau tak kena bayar?
|
|
|
|
|
|
|
|
Blh masuk bod misteri x ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Sedekah kat jibur pon ok...leh buat shopping trip tiap2 weeknd... |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik2 hahaaa.. Jibun sekeluarga tak nak waris kapal tuh ka ? |
|
|
|
|
|
|
|
Penderma dari Asia Tengah yg punya .....
Idak pun Ahmad Albab yg punya |
|
|
|
|
|
|
|
klo tanak bg kat najib takdelah membazir duit rakyat... najib pon x reti jimat cermat.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|