Oleh Izzah Abbasy
Wah, musim donut agaknya sekarang ya! Akibat donut 10 sen yang dijual oleh Muhammad Waliuddin Chia menjadi viral, penulis nak kongsikan dengan anda donut oreo pula.
Sedap atau tidak, haruslah cuba dahulu kan? Cara membuat donut ini ada pelbagai cara sebenarnya. Tidak kisahlah bahan yang gunakan sama atau tidak, yang pasti ia tetap donut. Betul tak?
Resepi di bawah ini yang biasa dibuat oleh ibu dan si kakak di rumah.
500 gm tepung roti atau tepung high protein atau tepung gandum ( sebaiknya tepung roti )
10 gm yis segera atau 1 paket mauripan
1 sudu besar bread softener ~ optional
60 gm mentega
60 gm gula halus
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar susu pekat manis
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam atau secubit garam
200 ml air sejuk dari peti ais
Beberapa keping biskut oreo yang telah dihancurkan
Minyak untuk mengoreng terendam
Gula kastor atau gula aising dan oreo yang dipecahkan untuk ditabur atas donut (ikut kesesuaian untuk menyalut donut)
Banyak cara nak buat 'toping' donat ini. Ia bergantung kepada si pembuat. Tapi, donut oreo ini sangat 'menggoda' penulis tau! Ala, kalau susah sangat, beli sajalah atau buat tempahan. Betul tak? - CARI Infonet
|