CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31480|Reply: 366

[Tempatan] RM1,131 Makan 19 Orang Mahal Ke Dekkkk

 Close [Copy link]
Post time 14-12-2015 08:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 14-12-2015 12:40 AM

Bil makan tengah hari lebih RM1,000
Sebahagian daripada resit makan tengah hari mahal yang dinikmati 19 orang.



[size=100%]
KUALA LUMPUR, 13 Disember:
Gambar mengenai bil makan tengah hari yang mahal di sebuah restoran tersebar di media sosial.
Pengguna Facebook, Zuhairi Adnan memuat naik gambar menunjukkan resit hidangan makanan laut mahal yang berjumlah RM1,131 ke laman media sosial itu.
Berdasarkan gambar itu, hidangan mahal itu termasuk ikan kerapu, empat pinggan udang, empat pinggan sotong goreng dan hidangan lain.
Zuhairi terkejut dan kesal dengan hidangan mahal yang dinikmati beliau bersama keluarganya yang terdiri daripada 19 orang.
“Terkejut beruk dpt bil mkn lunch td wif famili RM 1,131.00…tgklah tu harga harga ikan kerapu 4 ekor,” demikian tulis Zuhairi dalam Facebooknya.

Ia jelas tertera harga untuk ikan kerapu sahaja adalah RM736.
Berdasarkan gambar itu juga, restoran berkenaan dipercayai adalah kedai makanan laut yang terletak di Langkawi, Kedah.
Gambar itu telah dikongsi sebanyak 1,400 kali di Facebook serta mendapat reaksi daripada ramai pengguna media sosial yang terkejut dengan hidangan mahal berkenaan.
Seorang pengguna Facebook, Ryaikal Samsudin hairan dengan makanan mahal itu: “Mahalnya, kalau tak boleh bayar macam mana ni? Lari la? Hahaha.”
Seorang lagi pengguna, Rogayah Kah berkata, rakyat perlu memboikot restoran itu yang jelas mengenakan caj berlebihan untuk makanan dihidangkan.
“Laporan kepada KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan),” nasihat Nasaruddin Mawi.
Bagaimanapun, pengguna Facebook lain menyalahkan Zuhairi atas kejahilan dan kurang pengetahuan sebelum menjamu selera.
Pengguna Facebook, Kasim Abdullah berkata, Zuhairi sepatutnya bertanyakan harga ikan sebelum menempah makanan.
Seorang lagi pengguna, Jerry Kalon Samm berkata, makanan laut lebih mahal.
“Ikan memang selalunya kira pakai kilo, so kena tengok la berat dan ikan apa dulu sebelum beli. Ikan bilis murah la. Keh keh keh.”
Kerapu Harimau adalah ikan laut lepas yang dianggap hidangan istimewa di kebanyakan kawasan di Asia.
Ikan ini amat mahal dan ia bergantung kepada kualiti serta saiz ikan, di mana ia boleh mencecah sehingga RM200 sekilogram.-therakyatpos





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2015 08:39 AM | Show all posts
mmg nk kena bashing di fb si bodoh zuhairi ni..makan seafood 19 orang...
balik pancing ikan dan masak sendiri la puih
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2015 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo misikin...benda rare jgn makan ramai ramai...bawak perut sediri atau pameli kecil saje...

selayaknya cash deposit!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2015 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
sepatotnye restoran bgktaw dulu harga sekian2, bru la betul. ade peniaga seafood yg jujur bgktaw awal3 supaya pelanggan x tekena. bru betol konsep die.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2015 08:43 AM | Show all posts
Lain kali makan ikan selayang ajelah bang

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2015 08:44 AM | Show all posts
Dah makan kerapu harimau,...standardlah harga mahal. Lainlah kalau makan ikan kembung je....19 orang makan lak tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2015 08:44 AM | Show all posts
TuntungReturn replied at 14-12-2015 08:41 AM
sepatotnye restoran bgktaw dulu harga sekian2, bru la betul. ade peniaga seafood yg jujur bgktaw awa ...

da la nk order kerapu..x kn nk kira harga kembung
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2015 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Utk 19 org ko expect rm10 ke?? Lagipon makan kerapu harimau, sapa suruh xtanya dulu berapa harga sekilo. Ni pakai bantai je, dah kenyang terkejut tgok harga pulak. Balik rumah tanam jagung je sis!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2015 08:48 AM | Show all posts
standard kan seafood res. harga dia cam tu. aku gi makan 4 beranak je kena dekat RM200.
kalau budget tak de jgn gi makan sea food.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2015 08:49 AM | Show all posts
ok je.. berbaloi..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2015 08:49 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 14-12-2015 08:47 AM
Utk 19 org ko expect rm10 ke?? Lagipon makan kerapu harimau, sapa suruh xtanya dulu berapa harga sek ...

nk musti yg suka tunjuk2...
mau belanja semua
sekali bayar..trus nangis , lompat2 di fb....

nape x order kembung 19ekor je...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2015 08:49 AM | Show all posts
Bg aku yang biasa order seafood utk company, harga, jenis order tu dgn jumlah yg mencekik, memang masuk akal lelebih lg kat KL..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2015 08:50 AM | Show all posts
patut cikgu ni buat ja shell out mcm kat rumah. kekeke. aku rasa ok je harga tu. dah mencekik kerapu rimau bagai time bayo buat2 terkejut beruk pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2015 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
So around 6o ringgit sorang, seafoods logik juga harga dia. Plus tak kan tak tanya harga sebelum order.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2015 08:51 AM | Show all posts
I makan seafood dekat teluk tempoyak penang tapi ambik siakap jelar dengan udang, ketam, sotong untuk 25orang harga dalam RM400. Then iols cakap dekat mak, kenapa murah sangat. I dah standby duit lebih sebab first gaji and niat belanja family.

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2015 08:52 AM | Show all posts
apabila melayu nak buat cara org kaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2015 08:52 AM | Show all posts
zuhairi oh zuhairi
kesian awak
nk mkn kerapu tp nk byr murah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2015 08:53 AM | Show all posts
aku makan 2 org kat sepang pun dah RM200++

seorg tak sampai RM60, murah laa tu   
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2015 08:53 AM | Show all posts
makan ikan caru/kembung je la ko .... order ikan spesis camgitu memang le mahal
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2015 08:55 AM | Show all posts
bodohnya kau zuhairi. next time tanya la harga ikan, ini tidak. main order jek. rasakan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.590496 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list