View: 4596|Reply: 22
|
[Tempatan]
Mesej Di WhatsApp Berjaya Yakinkan Gadis Serah Gambar Bogel
[Copy link]
|
|
Mesej Di WhatsApp Berjaya Yakinkan Gadis Serah Gambar Bogel
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/12/15/watsapp-serah-gambar-bogel/
Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 9:23 AM
Lee menunjukkan salah satu gambar yang pernah dihantar kepada jurukamera bernama Amy.
KUALA LUMPUR: Dua gadis diyakinkan bahawa mereka akan menjadi model ternama apabila menerima pelawaan oleh seorang jurugambar yang mahu menghantar gambar mereka ke agensi model berwibawa.
Tetapi ternyata jurugambar itu hanya memerangkap mereka, malah telah berjaya mendapatkan gambar bogel salah seorang daripada mangsa.
Mangsa dan suspek, yang dikenali sebagai 'Amy Chen' hanya berhubung melalui WhatsApp dan tidak pernah bercakap melalui telefon atau bertemu secara peribadi.
Amy juga telah menunjukkan surat pengesahan agensi itu untuk menyokong tindakannya.
Seorang mangsa berusia 17 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Lee berkata dia melihat tawaran pekerjaan dalam kumpulan WhatsApp dan telah menghubungi Amy.
Dia diberitahu bahawa agensi itu sedang mencari model untuk sesi penggambaran bikini.
"Dia meyakinkan saya untuk menghantar empat keping gambar bogel.
"Saya juga melihat surat pengesahan agensi model dalam mesej WhatsApp itu. Saya tahu agensi itu terkenal di Malaysia," katanya di Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini, Isnin.
Lee berkata seperti dijanjikan, dia hadir untuk sesi penggambaran di sebuah hotel pada 6 Disember tetapi Amy tidak dapat dihubungi. Panggilan yang dibuat telah diputuskan.
Pada masa itu, barulah dia sedar bahawa dia telah ditipu.
Bagaimanapun, seorang model sambilan yang hanya mahu dikenali sebagai Goh, 23, mengesyaki bahawa ia mungkin satu perangkap.
"Saya menerima jemputan melalui WhatsApp untuk penggambaran yang sama daripada seseorang yang dikenali sebagai 'Kak Aini. Saya juga menghantar gambar profil saya kepada Amy," katanya.
Selepas itu, Goh berkata dia diminta untuk menghantar gambar dirinya dua jam sebelum penggambaran.
Dia memutuskan untuk terus menghubungi agensi dan terkejut apabila diberitahu bahawa mereka tidak pernah meminta gambar daripadanya.
Pengarah ML Dodel Sdn Bhd Nicholas Chan berkata agensi itu telah dipergunakan apabila bekerjasama dengan Amy kerana percayakan dirinya sebagai 'orang dalam industri peragaan'.
Katanya agensi itu juga telah berhubung dengan Amy melalui WhatsApp dan e-mel.
"Amy telah menawarkan diri untuk menjadi jurugambar untuk model kami dan kami memberikan empat gambar model kepada Amy. Kami juga menghantarnya kepadanya surat pengesahan," katanya.
Chan berkata, beliau dimaklumkan mengenai penipuan itu apabila Goh menghubungi agensi itu pada 7 Disember.
|
|
|
|
|
|
|
|
hurmm..moral of the story, direct tanya company |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Abangspek at 15-12-2015 10:28 AM
dapat gambar bogel free dari whatsapp
demm, hebat skill dorang.
Ataupun "model" tu murah sangat. Siap tunjuk gambar bogel tu lagik kat media, walaupun censored |
|
|
|
|
|
|
|
Motip menonggek macam mintak disula dari belakang jah....
Bodoh lah kau dek...kalau bogel full frontal tu acceptable lah jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
Maafkan aku, tapi itu memang bodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh caya gitu jah..
nak selamat suh dorg shoot terus lah |
|
|
|
|
|
|
|
i rela.....actually for model job.....hehehehee |
|
|
|
|
|
|
|
klu gambar menonggeng tak nampak muka, diam-diam udah la..
salah ko sendiri jugak..
dari ko bising-bising, terus satu malaysia tau.. |
|
|
|
|
|
|
|
gaara_X replied at 15-12-2015 11:12 AM
i rela.....actually for model job.....hehehehee
Mohon tepek gambar anda disini untuk kami menilai. Kikiki. |
|
|
|
|
|
|
|
kebodohan bertingkat tingkat .. |
|
|
|
|
|
|
|
ah tak cayee.. bagi bukti dulu! |
|
|
|
|
|
|
|
Tadi mkn pkai pampers,skrng dh bergmbr bogel pulak dh.....perempuan.....perempuan.....pening kapla opah korang..... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg bodo tindakan tu.
kalo mmg org tgh scouting for models, org akan approach depan2.
mintakla name card ke company phone no utk verify btul ke org tu with that agency. kang kene melacur lg satu hal
lagi satu, skang musim org pi agency utk bina port folio modeling, pls. ramai gila bimbo byr memahal tapi hasil nan hado job pun tarak |
|
|
|
|
|
|
|
La bukan set2 ni ada cikgu ckp pandai2 ke |
|
|
|
|
|
|
|
ni ada kaitan dengan gadis berniqab yang diajak toooooooooooot tu ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|