View: 1955|Reply: 5
|
Amaran Ribut Petir, Elak Pergi Ke Tepi Laut- Jabatan Meteorologi
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://www.tv14.my/
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, Terenggganu, Pahang, Johor dan kawasan barat di Sarawak bakal mengalami ribut petir daripada 16hb sehingga 18hb Disember iaitu Rabu ini sehingga Jumaat.
Berdasarkan amaran kategori pertama untuk perairan Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur & Sarawak bermula Khamis, 17 Disember 2015 sehingga Ahad, 20 Disember 2015.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Manakala amaran angin kencang dan laut bergelora untuk kategori kedua, ianya membabitkan kawasan perairan Sabah (Kudat, Pantai Barat & Pedalaman) & WP Labuan.
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) dan dijangka berterusan sehingga Ahad, 20 Disember 2015.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.- CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
di Sabah tak ada pun...biasa biasa ja...silap ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah elak le tepi laut. Elak ke laut jer |
|
|
|
|
|
|
|
Kepada couple2 sekalian,sila jangan berdating di tepi pantai, tasik, sungai, kolam atau longkang ketika musim hujan dan petir ini.
Luangkan masa berdating korang di taman bunga, pawagam atau di pasar raya Econsave sebab keselamatan korang dijamin selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tepi laut tak boleh,tengah laut boleh tak |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga org sabah n labuan selamat |
|
|
|
|
|
|
| |
|