View: 3134|Reply: 4
|
Satay Tulang Jelebu, Buat Anda Mengidam Selalu!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZAKredit foto: Myselera/ Lancareno
Dalam banyak-banyak makanan yang menjadi 'kegilaan' di Negeri Sembilan sehingga menjadi sebutan orang luar ialah sate tulang Jelebu.
Ia agak berbeza daripada sate biasa kerana bahan utama didatangkan daripada tulang ayam. Rasanya sangat enak, pasti anda menyesal kerana tidak mencubanya!
Namun, diingatkan makanlah sate ini dengan perlahan-lahan kerana tidak mahu pula ada insiden tercekik tulang. Bagi anak-anak, lebih baik dipantau oleh ibu bapa kerana tulang ayam sememangnya dijadikan 'menu utama'.
Ada beberapa lokasi yang anda boleh kunjungi untuk menikmati sate tulang Jelebu, pastinya di Jelebu sendiri. Namun, jika tidak mahu pergi jauh, anda boleh singgah ke Senawang.
Menggunakan tagline 'Ingat Sampai Bila Bila' memang buatkan anda tak boleh lupakan keenakan satay tulang ini. Selain itu, ia turut menawarkan sate ayam, daging dan nasi impit. Jom apa lagi, mari kita nikmati kelazatan sate tulang Jelebu! - CARI Infonet
Satay Tulang Jelebu
No 123G, Jalan Komersial 5,
Dataran Senawang, Negeri Sembilan
Waktu Operasi : 5 petang – 3 pagi
(Sumber foto: Myselera)
(Sumber foto: lancareno) |
|
|
|
|
|
|
|
akak dh rasa dah. biasa je. lg sedap satay haji peYno
|
|
|
|
|
|
|
|
hmm.
satay daging pun kna byk mkn baru puas.
satay tulang lagi kena order byk. |
|
|
|
|
|
|
|
mati2 dolu ingat sate tulang lembu...dah try..biasa2 jer.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|