View: 8576|Reply: 98
|
[Tempatan]
Najib jawab kenapa harga barang, perkhidmatan naik
[Copy link]
|
|
Edited by GhostWalking at 18-12-2015 09:08 AM
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menerangkan keputusan-keputusan dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dipengerusikan beliau pada sidang media di Bangunan Parlimen, Selasa. - Foto Bernama
SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini tampil menjawab soal kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang terus diperkatakan dan semakin menghimpit rakyat negara.
Menurut beliau, kerajaan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan bagi meringankan beban rakyat.
“Saya amat memahami isu kos sara hidup rakyat. Namun, perlu saya menerangkan punca sebenarnya mengapa sesetengah harga barang dan perkhidmatan naik,” katanya melalui catatan di blognya, hari ini.
Mutakhir ini, laporan-laporan media banyak mengangkat soal kos sara hidup hingga menyebabkan ramai yang terpaksa membuat dua kerja bagi menampung pendapatan.
Najib dalam kenyataan itu berkata, faktor luar yang memberi tekanan terhadap ekonomi negara akan menyebabkan pendapatan negara berkurangan.
“Apabila harga minyak mentah dunia turun, maka pendapatan kerajaan berkurangan. Dalam konteks ini, dijangka lebih daripada RM30 bilion pada tahun hadapan. Maka sukarlah untuk kerajaan melakukan campur tangan seperti menambah subsidi.
“Analoginya, sekiranya kita sebagai seorang individu diturunkan atau dikurangkan pendapatannya, maka terbataslah kebolehan dan kemampuan kita untuk berbelanja.Samalah dengan kerajaan, terbatas dalam kebolehan serta kemampuan apabila pendapatan negara berkurangan,” katanya.
Menurutnya lagi, susulan pendapatan negara berkurangan, para pelabur akan menjual Ringgit untuk melabur di negara yang tidak terkesan dengan kejatuhan harga minyak.
“Kesannya, nilai Ringgit kita menguncup menyebabkan harga barangan import menjadi lebih mahal. Jika dilihat, trend Ringgit kita hampir selari dengan trend harga minyak.
“Namun, ada pihak yang cuba mengelirukan masyarakat tentang punca sebenar kenaikan harga barang dan kejatuhan Ringgit. Mereka cuba menyalahkan kerajaan semata-mata, walhal kerajaan sedang berusaha dengan gigih mencari jalan bagi mengawal harga barang yang naik akibat faktor luaran,” katanya.
Sinar Harian
Government not to blame for price hikes, says Najib
Published: 18 December 2015 4:01 PM
The cost of living is increasing but Prime Minister Datuk Seri Najib Razak says the government is doing all it can. – The Malaysian Insider file pic, December 18, 2015.
The government should not be blamed for price hikes as it is doing all it can to find a solution to the rising living costs caused by “external factors”, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said.
He said prices of goods and services had gone up due to decreased revenue from plunging oil prices, as well as the falling value of the ringgit. He added that the ringgit had dropped because investors were selling the currency to invest in countries not affected by falling oil prices.
“As you can see, the ringgit trend is almost parallel with the trend of oil prices," Najib said in a message on his website today. “Yet, there are quarters who wish to confuse society over the true reasons behind the rising cost of goods and the falling ringgit.
“They try to blame the government alone, when in fact the government is working hard to find a solution to manage the rising prices of goods caused by external factors.” Najib cited the slew of special discounts for public transportation users that Putrajaya announced.
Elaborating on how falling oil prices contributed to the hike in the price of goods, Najib said the government was unable to introduce subsidies due to its decreased revenue.
“One analogy is that if we, as an individual, find our source of income reduced, then our ability to spend is limited.
“It is the same with the government, its capabilities are limited when the country's revenue declines.”
Najib added that the falling ringgit caused the prices of imported goods to go up. But he assured that Putrajaya was looking into several measures to alleviate the people's suffering.
“I very much understand the people's cost of living issue.
“Allow me to state that the government is always trying hard to find a solution to reduce the people's burden,” said Najib. – December 18, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.4pUu1Ukn.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedang berusaha gigih... apa usaha gigih tu?
Sedang, akan, merancang... dah sebijik macam indon |
|
|
|
|
|
|
|
tp kebolehupayaan rosmah n kroni utk menghbiskan duit rakyat.... tdk terbatas bkn?..... |
|
|
|
|
|
|
|
tang masa harga minyak tinggi apa malaysia buat untuk bantu rakyat? time ko susah ko tekan rakyat, time ko senang ko tibai duit rakyat jugak. hang bagi bunuh semua rakyat malaysia mcm syria kan lagi senang. hang dengan anak beranak hang saja bagi hidup sudah. |
|
|
|
|
|
|
|
Minta pakar ekonomi yg 'berkecuali'(x pro mana2 parti politik)mengulas isu ini.Rakyat ingin memahami drp sudut 'sebenar-benar perkara'. |
|
|
|
|
|
|
|
time minyak naik bg alasan naikkan harga minyak.... time minyak turun buat2 sonyap
ko takyah ckp byk la bijan..... sluruh rakyat msia sumpah ko hari2.... ko tunggu la balasan kat sana nanti.... balasan utk pemimpin yg zalim...
|
|
|
|
|
|
|
|
dalam kepala otak najib..logiknya, rakyat malaysia kasi mampuih buang! aku PM aku punya pasal la apa aku nak buat. ko rakyat hina duk diam2! kalau tak aku kasi sengat!
|
|
|
|
|
|
|
|
hujung2 nasib najib jadi macam mustafa kamal artartuk
seksanya
hari2 rakyat doa utk beliau
|
|
|
|
|
|
|
|
bila harga minyak turun pendapatan Petronas pun kurang oleh itu pendapatan negara juga kurang....harga barangan naik sebab penjual ambil kesempatan dan menyalahkan GST....cuba kita pengguna pakat jangan beli tengok mcm mana apabila supply lebih dari demand mcm minyak apa sudah jadi.... |
|
|
|
|
|
|
|
dah ko kutip gst kepala bana, ko kata mcm ni pulak....
duit gst yg banyak2 tu ko nak buat apa pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
GST dlm tempoh 6 bln dh collect 30b katanya.....so, duit tu nk watpe? |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi punca pendapatan negara minyak sahaja ke? Kena kurangkan production untuk stabilize kan harga right?
Ataupun Mungkin kita kena balance kan balik..
At least beras kalau kita buleh produce untuk keperluan negara banyak buleh jimat kos import..
Kelapa sawit dan getah dah takde sumbangan ke? Umm..takpelah..diharapkan kegawatan ni berakhir secepat mungkin.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau negara berkurang pn pendapatan.
yg ko dgn bini,anak branak ko belanja cm billionaire tu apasal?
ko tu bill gates ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Duit tu buat belanja Rosmat laaaa.. Keperluan Rosmat pun meningkat gak ekorang dari kenaikan harga barang.. lagi tamau paham.
|
|
|
|
|
|
|
|
ayuhh! bekerja sampai tua renta |
|
|
|
|
|
|
|
Nak buat bayar utang kjaan yg berbilion jugak, utang yg dicipta sdiri utk kepentingan sdiri
|
|
|
|
|
|
|
|
Apabila harga minyak mentah dunia turun, maka pendapatan kerajaan berkurangan. Dalam konteks ini, dijangka lebih daripada RM30 bilion pada tahun hadapan. Maka sukarlah untuk kerajaan melakukan campur tangan seperti menambah subsidi.
Masa harga petroleum naik, tak dengar pulak ko kata pendapatan negara meningkat kurangkan harga minyak. So, petroleum naik harga barang pun naik, petroleum turun harga barang naik juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg x suka Najib ni nanti PRU 14 undi sapa ? DAP ,PAS , AMANAH , PKR ? Kalau BN menang Najib masih PM ...Kalau PR menang samada Guan Eng , Mat Sabu , Wan Azizah jd PM , kalau PAS menang Hadi Awang jd PM ..so sapa pilihan korang ? Keh keh keh... |
|
|
|
|
|
|
|
ini dah ketentuan illahi.. rakyat dan pemerintah kne terima |
|
|
|
|
|
|
| |
|