CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3057|Reply: 4

4 Tips Untuk Buat Teman Lelaki Semakin Sayangkan Anda

[Copy link]
Post time 21-12-2015 06:07 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ


Dalam sesebuah perhubungan sudah pastinya ada pasang surut dan lelaki biasanya akan cepat merasa bosan dengan pasangan apabila terjadinya perkara-perkara yang tidak disukai secara berulang.






Mungkin sudah puas anda mengambil hatinya tetapi si dia seperti sudah mula menunjukkan rasa bosan pada anda. Sedihkan? Tak mengapa usah putus asa, disini penulis kongsikan 4 tips supaya si dia bertambah sayang pada anda, dipetik dari eh.com.my :


Biarkannya Sendiri
Kadangkala sekiranya seseorang lelaki itu mempunyai masalah atau tertekan dengan sesuatu, apa yang dimahukan adalah tenangkan diri dengan bersendirian. Berikannya ruang untuknya dan jangan menekannya dengan lebih banyak soalan kerana ini akan lebih menyerabutkan fikirannya. Sekiranya dia mahu bercerita kepada anda, dia akan lakukannya setelah dia bersedia. Wanita yang faham dengan situasi pasangannya dan bertindak dengan wajar adalah wanita yang disenangi dan disayangi.






Belajar Mendengar
Satu sifat wanita yang memang tidak digemari lelaki adalah kuat membebel. Cuba belajar mendengar dan kurangkan bebelan anda. Lelaki jarang mahu berkongsi masalah mereka dengan sesiapa dan sekiranya dia tiba-tiba mahu berbicara secara serius, beri perhatian kepadanya. Komen anda tidak diperlukan mereka, objektifnya adalah untuk meluahkan beban di dada yang boleh membuatkan mereka merasa sedikit lega.




Biar Dia Membuat Keputusan
Lelaki terkenal dengan ego mereka dan sekiranya anda memberikannya peluang untuk membuat keputusan besar, dia akan merasakan dirinya penting di dalam perhubungan. Walaupun keputusannya memilih restoran untuk makan malam tidak menepati selera anda, hormat pilihannya walaupun anda terpaksa berpura-pura gembira pada malam itu. Percayalah, mereka akan merasa lebih dihargai sekiranya anda mendengar kata.




Tidak Perlu Ucap Cinta
Kadangkala, perkataan sahaja tidak cukup untuk menyatakan cinta. Tunjukkan rasa sayang anda kepadanya di hadapannya dan juga rakan-rakannya. Hantarkan pizza ke rumahnya sewaktu dia dan rakan-rakan sedang menonton perlawanan bola sepak. Sekali-sekala anda boleh menunjukkan rasa cemburu sekiranya dia terlalu baik dengan rakan wanitanya. Buat si dia rasa bangga dengan orang sekeliling kerana cara anda melayannya. Cara berlainan untuk menyatakan rasa cinta anda boleh menambahkan rasa sayangnya terhadap diri anda.


Ingat, jika sayangkan si dia.. Jangan pernah putus asa. Tak mati pun jika beralah sekali sekala - CARI Infonet.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2015 01:35 PM | Show all posts
tipuuu....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 01:41 AM | Show all posts
No 4 je i tak dapat buat. Cinta jarak jauhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 09:46 PM | Show all posts
yer..depan memanglah sayang..tapi kat belakang CURANG..

dah biasa dah..dah lali..huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 03:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak setuju semua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.385824 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list