CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8072|Reply: 92

[Tempatan] 'Penuntut Afrika kahwin wanita tempatan bagi dapatkan kerakyatan'

[Copy link]
Post time 28-12-2015 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan adanya wanita Malaysia yang sanggup menjadi isteri kepada penuntut Afrika bagi melayakkan lelaki asing itu mendapatkan taraf kerakyatan dan memiliki lesen premis di negara ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata lesen itu adalah hak warga Malaysia tetapi digunakan penuntut Afrika yang mengahwini wanita tempatan.


Justeru, beliau meminta kerajaan negeri khususnya pihak berkuasa tempatan memberi kerjasama untuk mengenal pasti mereka yang menyalahgunakan lesen premis berkenaan.

Semasa mengulas kebanjiran rakyat Afrika di negara ini dan cadangan memperketat syarat kemasukan pelajar negara itu ke Malaysia, beliau berkata ada penuntut Afrika yang menyalahgunakan visa pelajar untuk melakukan aktiviti jenayah di negara ini.

"Mereka (mendaftar) masuk di pusat-pusat bahasa di negara ini, tetapi tidak belajar... mereka menjadikan tempat kediaman mereka sebagai makmal memproses dadah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Deklarasi Prioriti 2016 Ekonomi Keutamaan Kita anjuran Yayasan Damai Sejahtera Malaysia (YDSM) di Kuala Lumpur, hari ini.

Selain itu, katanya Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) turut menangkap beberapa warga Afrika di negara ini.

Namun, Ahmad Zahid berkata adalah tidak adil menuduh semua penuntut Afrika di negara ini sebagai penjenayah kerana hanya segelintir daripada mereka yang terbabit dalam kegiatan jenayah.

Mengenai penubuhan Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi (RDC3) di negara ini, Ahmad Zahid berkata peralatan bagi pusat berkenaan sedang diperoleh oleh negara ini.

"Kita juga telah mempelajari apa yang dilakukan di (pusat mesej) Dubai dan pegawai-pegawai kanan kita yang terlibat sedang menjalani program latihan berkenaan," katanya.

Malaysia dan Amerika Syarikat bersetuju menubuhkan RDC3 di negara ini bagi memerangi penyebaran ideologi dan propaganda ekstremisme oleh kumpulan militan menerusi Internet.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2015 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan susah ke nak dpt taraf pr kat malaysia kalau foreigner kawin dgn lokal? Tak mcm negara2 lain agak2 senang dan sekejap je dr partner or domestic relationship visa or ke taraf pr.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 08:22 PM | Show all posts
tu pun nak heran.

habis tu Indon & Bangla mengorat perempuan Melayu yg tak lawa tu apa citer? nak dapat kerakyatan jugak kan?



Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 08:39 PM | Show all posts
Pihak berkenaan..  Pls buat serbuan kondo2 di damansara yg penuh ngan African ni..
Casa tropicana, pelangi Damansara, Palm spring dan flora damansara..
Nak kata student x ada gaya student.. Dok berpelesaran je kerja sambil mengayat perempuan2 lalu lalang
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 08:44 PM | Show all posts
negara sudah kena jual ke


berapa harganya ?!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 08:57 PM | Show all posts
Zahid bahalol baru tau ka ?
JOHOR BAHRU 30 Nov. – Gara-gara cinta ‘awang hitam’, seorang wanita berusia 57 tahun nyaris berhadapan hukuman mati di tali gantung kerana didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine pada 5 Januari tahun lalu.

Tertuduh, Long Say Lein yang bekerja sebagai pengemas bilik di sebuah hotel di Singapura bagaimanapun menarik nafas lega apabila pertuduhan terhadapnya ditukar daripada mengedar kepada memiliki dadah.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak selepas pihak pendakwaan mendapati wujud keraguan munasabah berhubung pendakwaan kes terhadap tertuduh yang merupakan ibu kepada dua anak.

Tertuduh, Say Lein kemudian dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 2,259.7 gram dan tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa.

Dalam hujah pembelaan terdahulu, tertuduh mendakwa dia diminta suaminya iaitu seorang lelaki Nigeria untuk mengambil satu beg komputer riba daripada seorang individu tidak dikenali di Singapura, sebelum membawanya melepasi Tambak Johor ke negeri ini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Say Lein dituduh memiliki bahan terlarang itu pada 5 Januari 2014 di Terminal Bas Sentral, Jalan Trus pada pukul 6.30 petang selepas pemeriksaan dibuat anggota polis menemui bahan tersebut dalam sebuah beg komputer riba yang dibawa tertuduh.

Mohd. Sofian memberitahu, mahkamah menukar pendakwaan daripada kesalahan mengedar dadah kepada memiliki dadah kerana Say Lein didapati tidak mengetahui tentang kandungan beg komputer riba yang dibawanya masuk dari Singapura ke negara ini.

Lelaki warga Nigeria yang dikahwini Say Lein sejak kira-kira dua tahun lalu itu bagaimanapun telah menghilangkan diri selepas tertuduh ditahan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan hukuman dijatuhkan mengikut Seksyen 39A (2) akta sama.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Nor Iffa Zarilla Abd. Rahman manakala tertuduh diwakili peguam, Norman Fernandez.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.nTOZKJBx.dpuf

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2015 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesianla pasni saper yg nikah ngan afrikan mesti dipandang hina... padahal ada yg elok2 ja nikah hb pon keje elok...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm laa afrika jaa buat cenggitu eleh.. :zz kalau ye pun gadis tempatan pilih mat afrika tapi bahagia apa salahnya.. Lelaki tempatan pun belum tentu dpt jadi laki yg baik :zz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2015 09:12 PM | Show all posts
sejak bila senang senang aje malaysian kasi pr dan malaysian pada
orang selain indon camtu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Err akak opis i pun gemar btl dgn awang2 ni umur 50 single mom

Kdg2 bila dgr dia cerita ckp awang ni dtg msia sambung blaja tp duk ulang alik china buat biz like whattt

Skeptical gila bila dgr
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang betul pun, tengok je la statistics
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 09:30 PM | Show all posts
anarina replied at 28-12-2015 09:19 PM
Err akak opis i pun gemar btl dgn awang2 ni  umur 50 single mom

Kdg2 bila dgr dia cerita ck ...

single mom? nak buat camane... lelaki Western mana nak dia.. lelaki tempatan lagilah nk yg cantik je... last2 awang hitam je yg sudi
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
dah dapat pisang tanduk, pisang emas x berguna lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo wak zahid dah tahu psl hal ni...so nak tggu apa.lagi?
Buatlah sesuatu utk sekat or kurangkn kemasukan ummah2 asing nih....nk tggu apa? Nak tggu nurul vape nikah mat aprika?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 10:34 PM | Show all posts
Kesian gak dapat laki hitam hodoh konek kecik....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 10:39 PM | Show all posts
bukan beberapa tahun lalu ada pendedahan wanita2 warga PRC kawin dengan warga Malaysia,
bukan untuk tujuan kerakyatan, tapi supaya mudah urusan bagi menjalankan perniagaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2015 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah terhantuk,baru terngadah.....'bodoh' betul ler kes cmni.:
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 08:24 AM | Show all posts
drivethru replied at 28-12-2015 09:37 PM
dah dapat pisang tanduk, pisang emas x berguna lagi.

tergelak aku...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 08:30 AM | Show all posts
Chekpa replied at 28-12-2015 08:39 PM
Pihak berkenaan..  Pls buat serbuan kondo2 di damansara yg penuh ngan African ni..
Casa tropicana,  ...

Pelangi Damansara dah ramai African ke? Dulu duduk situ masa mula mula apartment tu buka, circa 2004/2005. Best sangat time tu sbb tak crowded, kereta tak parking lagi di bahu2 jalan etc.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 08:46 AM | Show all posts
prc pun wat camtu gak~ kahwin dengan cina tempatan. Senang jek nak blend kat Malaysia ni, muka dah sama, tak reti cakap BM/English pun takpe sbb yang tempatannya camtu gak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.060480 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list