CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2167|Reply: 18

[Tempatan] Sultan Johor: Sekolah Satu Aliran Cara Terbaik Atasi Masalah Bahasa

[Copy link]
Post time 29-12-2015 10:14 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan sekolah satu aliran dilihat sebagai satu cara terbaik menyelesaikan masalah komunikasi antara pelbagai bangsa di Malaysia.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah, sekolah satu aliran merupakan langkah paling tepat untuk menyelesaikan masalah ini.

"Kebanyakan pegawai kerajaan kini sukar untuk bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik. Sebab itu beta tidak bersetuju dengan kewujudan tiga jenis sekolah (Kebangsaan, Cina dan Tamil).
"Kini ada pelajar Cina dan Tamil tidak tahu bertutur dalam bahasa Melayu dan tentunya, pelajar Melayu tidak boleh bertutur bahasa Inggeris," titah baginda dipetik The Star.

Tambah baginda, Malaysia tidak mengikuti arus pembangunan antarabangsa dimana masyarakat belia lebih fasih bertutur dalam bahasa Inggeris berbanding warga tua sepertimana di Perancis, Sepanyol dan China.

"Di Malaysia ianya terbalik. Saya sangat terperanjat. Jadi, bagaimana kita perlu perbaiki situasi ini?
"Tiada siapa perlu politikkan isu pelajaran dan isu kesihatan. Saya sangat risau dengan tahap pendidikan di negara ini. Tolong sedar!" tegas Sultan Ibrahim.

Menyentuh isu pengharaman rokok elektronik atau vape, baginda menjelaskan, Johor mengharamkan aktiviti tidak sihat itu selepas melakukan penyelidikan mendalam sambil menegaskan tabiat itu bertentangan dengan adat masyarakat.

"Beta kecewa dengan pihak berkuasa kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang tidak boleh membuat keputusan  berkaitan isu ini. Mereka memanjangkan isu ini dan ada ahli politik membuat kenyataan bodoh mengatakan vape tidak perlu diharamkan kerana jutaan undi akan hilang dan kepentingan masyarakat bumiputra akan terjejas.

"Beta tahu apa yang terbaik dan beta tetap bertegas pada 1 Januari tahun depan semua perkara ini (penjualan vape) perlu dihentikan," titah baginda lagi.
-mD

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2015 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Apake bongok dia kata pelajar melayu tentunya takleh tutur bahasa inggeris
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ke kau tg bongok main baca sikit2 je?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2015 12:28 PM | Show all posts
kan ko baca skit2 apsal
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 01:02 PM | Show all posts
hapuskan sekolah banyak2 nih, buat 1 aliran, melentur buluh biar dari rebungnya
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 01:24 PM | Show all posts
sokong sultan johor.......Dari dulu aku mmg sokong sekolah satu aliran je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2015 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
_______ replied at 29-12-2015 11:02 AM
Apake bongok dia kata pelajar melayu tentunya takleh tutur bahasa inggeris

Apake bongoknya ko ni..

Apa benda ko komen ni?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 01:49 PM | Show all posts
HibinoSama replied at 29-12-2015 01:25 PM
Apake bongoknya ko ni..

Apa benda ko komen ni?

Lu baca sendiri la apa sultan bahalol tu kata. Ngok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2015 01:59 PM | Show all posts
Pergi sekolah kebangsaan terus dianggap tak boleh tutur bahasa inggeris. Pejadah
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
_______ replied at 29-12-2015 01:49 PM
Lu baca sendiri la apa sultan bahalol tu kata. Ngok

Aku dh baca la bongok
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 02:02 PM | Show all posts
yup.. 200% sokong.. skolah 1 aliran leh overcome banyak benda.. bahasa, perpaduan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Perkataan hr ni, BONGOK.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 03:43 PM | Show all posts

cubalah buat di JDT dulu


ada berani ??


Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya kasik jalan keluar lama dah kt sini, hanya perlu keberanian dan kasih ikhlas pemimpin

Tp klo pemimpin bertuhankan nafsu dan rakyat di kira mcm lembu, I rest my case

I kata buat 2 jenis sekolah
Sekolah kerajaan dan sekolah persendirian, bahasa malaysiaia ialah bahasa kebangsaan dan   bahasa inggeris ialah bahasa pengetahuan dan bahasa ibunda ialah bahasa suku dan kaum, bahasa pengantar mesti bahasa pengetahuan!  Amacam? Bagus tak idea bang aji? Hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
HibinoSama replied at 29-12-2015 01:59 PM
Aku dh baca la bongok

Baguslah bongok
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 04:04 PM | Show all posts
buat mcm sarawak...back to the future
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2015 04:28 PM | Show all posts
Pegi sekolah tak tau cakap inggeris.. cakap bongok pandai pulak
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 04:46 PM | Show all posts
Sangat setuju pada sekolah 1 aliran. Sokong Sultan Johor!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 04:59 PM | Show all posts
Seeloknya pakai satu aliran - English school jah. Pastu rombak balik semua sukatan pelajaran supaya lebih competitive.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.071349 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list