CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29013|Reply: 180

Update:Anak kak yan GV2 Ditangkap Curi Motosikal

[Copy link]
Post time 31-12-2015 03:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mixed at 19-1-2016 07:25 AM


Anak Bekas Peserta Gegar Vaganza 2 Ditangkap Curi Motosikal
[size=0.688em]Diterbitkan: Khamis, 31 Disember 2015 2:25 PM
[size=0.75em]Anak kepada bekas peserta program Gegar Vaganza 2 ditangkap kerana mencuri motosikal di Putrajaya baru-baru ini. Foto hiasan.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Anak kepada bekas peserta peringkat separuh akhir program realiti Gegar Vaganza 2 ditangkap kerana terlibat dalam kes kecurian motosikal di sini baru-baru ini.

Remaja berusia 16 tahun itu ditangkap pihak polis bersama seorang lagi rakannya yang berusia 18 tahun.


Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan mengesahkan penangkapan anak penyanyi wanita popular era 80-an itu dan kedua-dua tertuduh telah pun dihadapkan ke mahkamah pada Isnin lalu.


"Kedua-duanya telah dituduh pada Isnin lalu di Mahkamah Majistret Putrajaya di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

"Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan perbicaraan ditetapkan pada Febuari depan," katanya.

Rosly berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis serah tugas Timbalan Ketua Polis Putrajaya, Supritendan Mak Pak Chuai yang bersara pada Khamis, kepada Pemangku Timbalan Ketua Polis Putrajaya, Deputi Supritendan Rudy Abdullah.

Tambah Rosly, kedua-dua remaja berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis.

Mengenai kes jenayah di Putrajaya sepanjang 2015, Rosly berkata sehingga 21 Dis, indeks jenayah di daerah ini turun sebanyak 5.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sementara 37.5 peratus daripada kes yang ditangkap dituduh di mahkamah, katanya.

Beliau berkata tahun depan, kerjasama antara polis dan komuniti setempat akan ditingkatkan untuk menjadikan Putrajaya sebagai daerah yang sejahtera dan selamat tercapai. - BERNAMA

[size=0.98em]SAPEKAH ANAK PENYANYI WANITA ITU?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2015 03:47 PM | Show all posts
kak yan gomen?????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2015 03:48 PM | Show all posts

kak dangdut laki muda tu ada anak umur 16th x??


Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak yan gomen? Nenek sheeda?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 03:52 PM | Show all posts
azian mazwan ke..??
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 03:52 PM | Show all posts
Kak Yan Gomen kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2015 03:57 PM | Show all posts
rasa kak yan gomen sebab dah state kat artikel atas tu..bekas peserta gegar vaganza 2 peringkat separuh akhir...kalau peserta perempuan separuh akhir hanya nana conan, haiza, faradhiya dengan kak yan gomen je kan...haiza n nana anak kecik lagi...faradhiya belum kawin...so, tinggal kak yan gomen....
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 03:59 PM | Show all posts
laaa anak kak yan ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2015 04:01 PM | Show all posts
ok dah nmpk clue nya

PUTRAJAYA: Anak kepada bekas peserta peringkat separuh akhir program realiti Gegar Vaganza 2 ditangkap kerana terlibat dalam kes kecurian motosikal di sini baru-baru ini.


Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 04:03 PM | Show all posts
umur 16  dakwa kt mahkamah majistret ke? dah tak  ke mahkamah juvana? treat like an adult.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 04:11 PM | Show all posts
anak kak yan ke? mak baru nak glemer balik, anak plak buat hal
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 04:11 PM | Show all posts
alahaiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 04:11 PM | Show all posts
kak yan gomen ke...sbb ade stated jgak penyanyi era 80-an...nana,haiza,farahdiya bkn zaman yu
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon jawab @toxicated
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 04:18 PM | Show all posts
lorr.. yg td bc sebut program realiti jer..
yg ni trs gtau program GV ye
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 04:19 PM | Show all posts
mesti kak yan kna hencap lagiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2015 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash ke???
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
zawara replied at 31-12-2015 04:19 PM
Cash ke???

Kenapa cash pulak? Maksudnya?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ank sulung dia ke?
Dia kan kawin awal dl
Apa la budak2 skrg ni
Dah la mak br nak famous blk
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut kak yan ni masuk kilauan emas....ahaks...sbb dia ni ada lagu hits ke masa jd penyanyi dulu2? Lg pun da lama sgt kan...ke masih x layak nk masuk kilauan emas?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.167350 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list