View: 4834|Reply: 45
|
[Tempatan]
Dua anggota polis ugut wartawan direman
[Copy link]
|
|
Dua anggota polis ugut wartawan direman
http://www.hmetro.com.my/node/105057
Oleh Mazizul Dani
[email protected]
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 January 2016 @ 8:55 PM
Kajang: Dua anggota polis ditahan reman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes ugutan terhadap wartawan wanita Harian Metro.
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan penahanan dua anggota polis itu. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
Dua anggota polis terbabit menahan wartawan berkenaan yang bersama rakan lelakinya ketika dalam perjalanan untuk mengambil kenderaannya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, semalam.
Dua anggota polis yang menaiki kereta peronda polis (MPV) itu mendakwa bahawa kereta dinaiki wartawan dan rakannya bermasalah.
Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, wartawan berkenaan meminta untuk membuat panggilan kepada bapanya, namun dua anggota polis terbabit merampas telefon bimbit dia dan rakannya, yang juga penuntut kolej swasta.
Menurut wartawan itu, dia meminta anggota polis terbabit untuk membawanya ke balai polis berdekatan jika melakukan sebarang kesalahan.
Bagaimanapun, katanya, seorang daripada anggota polis itu berkata ‘tak payah pergi balai, kita boleh selesai di sini, saya nak tolong awak.
Kalau pergi balai, awak boleh dikenakan denda RM5,000’.
Selepas memeriksa kereta dinaiki wartawan terbabit, anggota polis itu pula kemudiannya menuduh mereka berdua-duaan ketika ditahan.
Terpaksa dan bimbang dengan ugutan terbabit, wartawan hanya mendiamkan diri.
"Mereka (dua anggota polis itu) kemudian mengasingkan saya dan rakan.
Saya lihat rakan kemudian meninggalkan kawasan itu tanpa memaklumkan kepada saya.
"Ketika di tepi jalan bersama mereka (dua anggota polis), kedua-duanya juga ada mengeluarkan kata-kata yang berbaur gangguan seksual.
"Dalam beberapa minit kemudian, rakan saya kembali ke kawasan berkenaan sebelum dua anggota polis itu arah masuk ke dalam kereta rakan saya. Kami kemudian diarahkan beredar," katanya.
Katanya, ketika dalam perjalanan, rakan kemudian memberitahu dua anggota polis terbabit meminta semua wang yang ada padanya.
"Rakan cakap dia hanya ada RM300 tetapi anggota polis itu enggan menerima dan mengarahkannya untuk ambil wang yang setimpal sebelum mengarahkannya mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) berhampiran dengan hanya memberikan masa selama 10 minit.
"Rakan cakap dia takut jika tidak menuruti arahan dua anggota polis itu dan terpaksa menyerahkan wang sebanyak RM2,000," katanya.
Katanya, kira-kira jam 11.30 pagi hari sama, wartawan dan rakannya itu tampil membuat laporan di Balai Polis Pantai sebelum kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor untuk siasatan dan tindakan lanjut.
|
|
|
|
|
|
|
|
ugut nk dapat servis ke?
si twitter mana ni? x buat twit ke? @kbab51 |
|
|
|
|
|
|
|
Bkn 1 kejutan...sering terjadi tp xdilaporkan
Polis gaji kecik tp nak pakai ipon6 cenggitu la |
|
|
|
|
|
|
|
Mendapat laa silap ugut org wartawan pulak tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak salah..mengugut juga blh menambah pendapatan..Ahmad Maslan |
|
|
|
|
|
|
|
winnnnn...
|
|
|
|
|
|
|
|
dalam kes ni iblis mengepow syaitan |
|
|
|
|
|
|
|
kesan GST |
|
|
|
|
|
|
|
ketua twitter negara dan page friends of pdrm terus krikkk krikkk krikkk
|
|
|
|
|
|
|
|
kebab51:
2 pemimpin dap mungkin bertopengkan polis mengugut wartawan cari
@pdrmumno sila buat siasatan segera |
|
|
|
|
|
|
|
Pa nk diheran bila polis=penyangak |
|
|
|
|
|
|
|
kawan iols ada kena tahan ngan polis kat area ni..saja nak check itu ini bagai...tapi kawan iols tu garang & tegas..pernah gak OTW gi umah dia nampak polis tahan org sesuka hati pastu berhenti tepi pokok...mungkinkah ni Polis yg sama |
|
|
|
|
|
|
|
Menyahut seruan Mat Melan #2kerja |
|
|
|
|
|
|
|
dgr kata polis suka tunggu di kawasan kilang elektronik yg ada amoi vietnam/indon
selalu tanya ada passport/permit...klau x de..hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
polis wat keje partime tuuu..mat maslan sure bangga ada org ikut saranan beliau
|
|
|
|
|
|
|
|
makan hasil haram.....bagi makan plak anak bini.....renung²kan...selamat beramal... |
|
|
|
|
|
|
|
wakakakaka... tak memasal polis tu mendapat! |
|
|
|
|
|
|
|
nape lak tanya ai?
kes biasa aje ne.. bukan kes baru..
dah ramai pun yang kena.. dorang ne tak serik2 aihhh..
buat taik sendiri tanggung la..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|