|
Oleh Izzah Abbasy
Suka minum air blended? Ala, jika dahulu air blended pasti dicari, lagi-lagi adik-adik sekolah rendah. Habis sahaja sesi sekolah pagi, berlumba-lumba nak beli air blended.
Sekarang dah kurang trend air blended ini tetapi masih ada. Bukan susah pun nak bancuh air blended ini. Jika ada bahan-bahan, boleh saja buat. Jika tiada, beli bahan dan buat. Tapi, kalau malas, memang patut beli sajalah.
Jom cuba buat air blended sendiri di rumah.
Bahan-bahan
2 sudu perisa Vanilla
1 sudu makan gula
3 sudu makan susu pekat manis
1 sudu aiskrim vanilla
1 gelas ais ketul/ais kiub
½ gelas air putih
Kisar atau blend sahaja kesemuanya. Jika anda ingin tambah susu segar pun boleh. Selamat Mencuba ya! - CARI Infonet
Kredit Foto : Google
|
|