View: 4651|Reply: 32
|
Biar Betul, Tan Sri Khalid Pun Buat #2Kerja Ke?
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Kita semua sedia maklum kos sara hidup kini semakin meningkat! Situasi ini menyebabkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pun terpaksa mengikut saranan Datuk Ahmad Maslan membuat #2kerja sebagai usaha untuk membantu menambah perbelanjaan keluarganya, betul ke perkara tersebut?
Baru-baru ini, dalam laman internet tersebar luas satu gambar yang menunjukkan 'Ketua Polis Negara', Tan Sri Khalid Abu Bakar turut kelihatan bekerja sebagai penebar roti canai di sebuah restoran mamak.
Haha, mestilah bukan, cuma hanya kerana ada individu yang berwajah agak mirip sahaja. Namun dia bukan Tan Sri Khalid Abu Bakar, dia merupakan pekerja Bangladesh berumur kira-kira 37 tahun dan bernama Md Raton Choukidar.
Bagaimana pun, dia yang hanya mahu dipanggil ‘Bhaiya’, telah bekerja di Restoran Nasi Ayam Pak Mal, Seksyen 10, sejak lima tahun lalu.
"Kebelakangan ini, selepas mengetahui dia berwajah seakan sama dengan ketua polis negara Khalid Abu Bakar, semakin ramai orang mengambil gambar dengan dia dan dimuatnaik di internet !"
Selain terserempak lelaki kembar versi Khalid Abu Bakar di sebuah restoran, tambahan lagi terdapat juga netizen memuatnaik gambar di laman Facebook yang menunjukan dia terserempak dengan 'Khalid' di Shah Alam.
Netizen berkenaan dengan perasaan seronok beritahu: "Sungguh menggembirakan dapat bergambar bersama dengan Ketua Polis Negara, beliau seorang yang amat rendah diri dan turut mesra rakyat."
Saya tanya beliau berasal dari mana? Dia kata no, no, no speak.
"Amat berbesar hati dapat ambil gambar bersama dengan Ketua Polis Negara Bangla."
Difahamkan, pada mulanya, Bhaiya langsung tidak tahu nama 'Khalid' yang sering disebut oleh pelanggannya adalah siapa sebenarnya.
"Sehinggakan terdapat pegawai polis yang ingin bergambar bersama saya, selepas itu, baru lah sedar, saya berwajah sama dengan seorang individu yang agak penting di Malaysia. Selepas itu, ketika melihat wajahnya di televisyen atau suratkhabar, barulah saya mula membuat perbandingan sejauh mana persamaan wajah antara kami."
"Setiap kali apabila ada pelanggan beritahu wajah saya dengan Tan Sri Khalid sangat mirip, saya cuma senyum pada mereka sebab bagi saya, wajah kami langsung tidak mirip pun."
Sementara itu, pengurus restoran berkenaan, Ameerul Izham Kamalul Hilal, 29, berkata, selama lima tahun Bhaiya bekerja di situ, dia tidak pernah menyedari persamaan itu sehingga perkara itu menjadi viral, baru-baru ini.
Menurutnya, selain bekerja sebagai tukang masak dan pelayan, Bhaiya juga adalah pekerja asing yang bertanggungjawab sebagai ketua di restorannya itu.- CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
ada lah iras sipi sipi |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo tengok sekali imbas..memang ada macam IGP |
|
|
|
|
|
|
|
Tk rsa bersalah ke viral kan imej dan samakan seseorg yg disegani pastu pakat2 gelak. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelanduk dua serupa, tapi kan ada kata2 yang mengatakan kat dunia ni ada 7 orang muka serupa so tak da le nak heran sangat |
|
|
|
|
|
|
|
ketua di restoran.. ok lah..
janji ada juga ketua, mcm ketua polis negara... hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha ...ramai jer bangla kat Malaysia ni yang rupa sejibik macam retis retis or public figure...
adakah ini mengesahkan yang sulur galur melayu kat Malaysia berasal dari bangladesia?? |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 7-1-2016 01:14 PM
Pelanduk dua serupa, tapi kan ada kata2 yang mengatakan kat dunia ni ada 7 orang muka serupa so tak ...
Setuju..
Mcm kes aku, kadang2 org ingat aku Shahrukh Khan... |
|
|
|
|
|
|
|
Disebabkan vid ni lah ada org dlm grup watsapp aku bergaduh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Lambat...dah viral dr minggu lps lg... |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahah.......itu lah dia......rupaya kat dunia ada tujuh.....hemmmm saya punya kembar x tau orang daripada negara mana??? |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahah.......itu lah dia......rupaya kat dunia ada tujuh.....hemmmm saya punya kembar x tau orang daripada negara mana??? |
|
|
|
|
|
|
|
sekali imbas je mcm IGP |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm citer hindi kan... Kembar seiras yg sorang polis, yg sorang lg sekedar penebar roti. |
|
|
|
|
|
|
|
taniya serupa IGP kaluuuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
rospinki replied at 7-1-2016 01:06 PM
Tk rsa bersalah ke viral kan imej dan samakan seseorg yg disegani pastu pakat2 gelak.
Ts khalid disegani??memalukan polis adalah..sekarang ni penguatkuasa..cuma sprm je yang disegani |
|
|
|
|
|
|
| |
|