CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6738|Reply: 35

Den Wanita Biaso Jo - Nana GV2

[Copy link]
Post time 10-1-2016 11:22 AM | Show all posts |Read mode
BIARPUN hampir sebulan berlalu, namun kehangatan program realiti Gegar Vaganza 2 (GV2) masih lagi terasa sekali gus perhatian yang diberikan terhadap juaranya, Siti Nordiana masih lagi hangat diperkatakan.
Merasai sendiri perubahan sebelum dan selepas dinobatkan sebagai pemenang, penyanyi yang mesra di sapa Nana ini akui sangat bersyukur dengan ketentuan itu.
“Alhamdulillah, selepas beberapa minggu, saya merasai perubahan yang ketara dalam hidup saya lebih-lebih lagi mengenai kerjaya nyanyian.
“Boleh dikatakan hampir setiap hari saya sibuk menjalani karier nyanyian sehinggakan hanya berpeluang bercuti sehari dalam seminggu.
“Kalau dari segi penerimaan peminat di luar itu saya lihat sangat positif. Rasa sangat seronok dan kadang-kadang terlupa keadaan sekarang sudah berbeza,” katanya yang ditemui pada sidang media Konsert Mega Gegar Vaganza, Khamis lalu.
Apabila sudah menjadi ikutan umum, tidak mustahil juga setiap perlakuannya diperhatikan tidak kiralah sama ada dalam kehidupan realiti mahukan di alam maya.
Mengakui perkara itu, Nana memberitahu ada kalanya perkara itu sangat bermanfaat buat dirinya.
“Selain tawaran nyanyian, peminat sangat prihatin dengan kehidupan harian saya terutamanya dalam laman sosial.
“Apa sahaja foto atau status yang saya muat naik, pasti mereka akan respons. Pada masa yang sama ada juga komen-komen mereka yang memberi peringatan kepada saya untuk sentiasa menjaga imej dan penampilan.
“Saya wanita biasa, walaupun bertudung, tapi saya masih belum sempurna. Saya masih lagi mencari arah untuk menutup aurat dengan sempurna.
“Saya cuba untuk jadi yang terbaik dan komen-komen yang diberikan peminat juga bermanfaat untuk saya untuk lebih berhati-hati. Tapi kalau boleh, saya tidak mahu peminat terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi,” jelasnya yang bakal tampil menerusi konsert Mega Gegar Vaganza bermula 15 hingga 17 Januari ini di pentas Istana Budaya.
Tampil produk baharu
Sesibuk mana pun menguruskan kerjaya nyanyian, Nana masih sempat menguruskan bidang perniagaan jenama pakaian Muslimah ‘Paling Comel’ yang diceburinya malah dia dikatakan bakal tampil dengan produk terbaharu.
“Walaupun saya jarang berada di butik, tapi perniagaan ini masih berjalan seperti biasa. Untuk mengembangkan lagi perniagaan ini, saya akan mengeluarkan produk terbaharu iaitu koleksi tudung Nanarayyan di bawah jenama Paling Comel,” ujarnya.
Disoal mengenai kehidupan peribadinya, penyanyi berusia 32 tahun ini mengakui kesibukan menguruskan kerjaya sedikit sebanyak membataskan masanya untuk bersama putera tunggalnya, Rayyan Nakhaei, 7.
“Sejak akhir-akhir ini memang saya kurang meluangkan masa bersamanya. Bayangkan, dalam seminggu saya cuma ada satu hari untuk berehat dan hari itu jugalah masa yang saya ada bersamanya.
“Memang Rayyan merungut bila saya sentiasa sibuk tapi saya sentiasa cuba curi masa untuk bersamanya,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2016 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang biasa pun
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 12:20 PM | Show all posts
gud luck nana

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
May Allah bless u Nana

#teamsitinordiana
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 12:42 PM | Show all posts
Brp byk thread Nana ni?

Tutip tacang dulu ler
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
suka tgk cara nana yg sederhana.. dulu2 x minat sgt nana ni. sejak tgk gv terus jatuh cinto
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2016 12:44 PM | Show all posts
nananananananana.. dh berapa byk thread nana..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Good luck utk konsert nanti nana... Sheols nampak baik je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2016 12:59 PM | Show all posts
yg penting sheols jalan kaki pegi konsert kat sarawak aritu. ke kt mana..sbb jem..memang biasa2..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari awal kemunculan Kak Nana mmg biasa2 pun ,cuma sekarang da 31 pn makin comel
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 01:37 PM | Show all posts
berapa banyak benang Nana ni ...
satu unterview satu benang ke apa?? ...

anyway nana nampak cantik ..... dah kurang kerakan ... xmacam dolu2 ... sukses selalu sis
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 01:41 PM | Show all posts
Ok ni namanya nak merendah diri / nak humble yg tak kena tempat. Patut kau dah dapat peluang kedua ni grab it betul2 dan buat all out. Kalau nak maintain utk market kampung je baik kau masuk FMC semula dan maintain style macam dulu. Bukan nak suruh seksi pun tapi bergayalah. KEmana mana kau pakai kain kembang tu i ols teringin tgk lu pakai sophisticated sikit. BAru la company besar atau company cino cino nak amik lu. Pakai je macam shiela amzah. BErgaya kan? Tak rugi. Dah kenapa nak den den wanita biaso yo ? adoiiii
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 03:41 PM | Show all posts
banyak betul thread dia.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
LembingDayanti replied at 10-1-2016 01:41 PM
Ok ni namanya nak merendah diri / nak humble yg tak kena tempat. Patut kau dah dapat peluang kedua n ...

Shila amzah bergaya ke?? Hehe. Biarlah asal nana tutup aurat dgn sempurna.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak naik balik nana ni, kalau sebelum gegar vaganza mana ada sangat dah orang ingat dia except lagu lagu lama dia dengan arwah achik. Dan juga gossip gossip cinta tak kesampaian. Bila menang semua nak minat dia, semua nak respon/update pasal dia. Adoi bosan
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 06:35 PM | Show all posts

Nok knp akak ols msh dibayangi nana yg dulu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2016 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
maxim replied at 10-1-2016 11:56 AM
Memang biasa pun

Hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka ngan dia ni lembut je tengok. Kontovesi pun takde
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 11:13 PM | Show all posts
banyak betul benang dia nihkan
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 08:09 AM | Show all posts
kutip kacang jugak..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.109675 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list