CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2968|Reply: 11

Taman Tema Disneyland Shanghai Dibuka Jun Ini, Malaysia Bila Lagi?

[Copy link]
Post time 13-1-2016 11:40 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ








Disneyland melebarkan lagi sayapnya ke Pudong, Shanghai, China. Menurut sumber, Taman tema hiburan Walt Disney di Shanghai bakal dibuka pada 16 Jun ini.










Taman dengan keluasan 390 hektar itu terletak di daerah Pudong dianggarkan bernilai 25 bilion yuan (RM14.3 bilion). Keluasan Shanghai Disneyland tiga kali ganda lebih besar daripada Hong Kong Disneyland.


Projek mega itu dibangunkan oleh sebuah firma milik pemerintah China, Shanghai Shendi Group dengan usahasama Walt Disney Parks and Resorts.






Shanghai Disneyland bakal meliputi tiga taman berbeza dalam kawasan seluas 4 kilometer persegi iaitu Magic Kingdom, Epcot dan Animal Kingdom. Turut akan menampilkan karakter-karakter dari filem-filem Star Wars dan Marvel, seperti Iron Man, Spider-man dan Hulk.


Untuk pengetahuan, Disneyland pertama dibuka di Anaheim, California, AS pada 1955. Kemudian taman kedua dibuka di Florida, AS pada 1971. Pada tahun 1983, syarikat gergasi itu membuka satu lagi taman di Tokyo, Jepun, seterusnya Paris, Perancis (1992) dan Hong Kong pada 2005.


Bila nak buka dekat Malaysia pula? - CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2016 11:45 AM | Show all posts
seronoknya...dulu pergi yang kat paris tu macam dok kayangan. gila betul dorang buat
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 11:49 AM | Show all posts
tak pernah masuk...lalu depan je...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 12:05 PM | Show all posts
bilalah dpt peluang ke disneyland!
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 02:31 PM | Show all posts
Ramai le bertukar arah dari ke HK Disneyland ke Shanghai Disneyland pulak lepas2 ni.  Ialah currency exchange utk Yuen di Shanghai lebih rendah berbanding guna HK$ di HK.  Shanghai pun modern city berbanding Beijing banyak bangunan pencakar langit.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 07:10 PM | Show all posts
berapa harga tiket ni..cecah seribu tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2016 07:57 PM | Show all posts
Banyak sangat disneyland, dah tak rasa unik dah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
da umur2 pun tetap suka ke Disneyland, harga ticket d Anahiem da  naik abt 100++ USD.. yg d Florida memang  terbaik worth  to spend xtra time  d Florida  abt  4 hari   d Theme Park ..Disney lain ok2 je ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2016 08:38 PM | Show all posts
Salah satu lokasi percutian yg mesti ada dlm list ni.tp mengenangkan bajet xde simpan angan2 dulu la
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 11:50 AM | Show all posts
wowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 11:50 AM | Show all posts
Thank you for the good info
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 01:53 PM | Show all posts
Thank you for info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.044679 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list