CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2404|Reply: 2

7 Tip Buat Anak Seronok Membaca!

[Copy link]
Post time 13-1-2016 04:10 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




Bagi ibu bapa yang mempunyai anak lelaki, memang menjadi lumrah harian dimana kena bekerja keras untuk mengajak anak khususnya lelaki untuk membaca buku.


Ini kerana, lelaki biasanya lebih malas membaca buku, keadaan sedemikian jarang berlaku ke atas anak perempuan kerana tabiat membaca perempuan lebih terserlah.


Berikut terdapat 7 tip yang mungkin mampu membantu ibu bapa yang berdepan masalah tersebut.









1) Jika anda mahu mengajak anak membaca, pastikan lokasi yang selesa untuk mereka. Misalnya, membaca di dalam bilik dan di atas katil. Setelah anda membaca, jangan lupa ceritakan semula apa yang anda baca untuk memastikan mereka benar-benar faham dan membuatkan mereka terus berimaginasi.





2) Sekiranya mereka mempunyai buku atau penulis kegemaran, biarkan mereka teurs mengulangi membaca buku tersebut tetapi beri juga galakan untuk mereka membca buku-buku lain tetapi mempunyai persamaan.











3) Jangan merasa terbeban membawa anak-anak ke perpustakaan sambil membuat kad pustakawan untuk menggalakkan mereka meminjam sekurang-kurangnya lima buah buku. Lebih banyak buku yang dipinjam, lebih banyak genre yang akan mereka kenali.





4) Apabila anda mendapati anak-anak kurang minat membaca, latih mereka dengan buku-buku yang penuh dengan ilustrasi bergambar serta warna-warna ceria untuk menarik minat mereka membaca. Kaedah ini membuatkan mereka tidak jemu apabila melihat buku.





5) Jika anak anda tidak suka membaca, cari buku yang berbentuk audio kerana ia membantu anak-anak lebih menghargai seni bercerita. Lama-kelamaan, minat membaca boleh dipupuk.











6) Beritahu anak anda bahawa mereka tidak ada larangan dan kekangan untuk membaca. Beritahu juga bahawa mereka dibenarkan membaca di atas katil iaitu sebelum masuk tidur. Hal ini membantu mereka tidak menganggap aktiviti membaca satu perkara membebankan sebaliknya menjadi satu perkara yang sangat menarik.





7) Diharap, kaedah mengajak anak membaca bersama-sama ini membantu mereka menerokai dunia seni dengan lebih jauh serta faedah yang akan diperolehi. Semuanya bermula dengan keseronokkan tanpa perlu memaksa. Jadi, cerita apa yang akan anda baca untuk anak-anak hari ini? - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2016 01:06 AM | Show all posts
Semua ni kena effort. Aku nnt ade anak nnt kenalah buat effort lebih sikit sbb aku pon malas membaca
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 11:36 AM | Show all posts

penat gak nak keep on bagi budak budak membaca dan terus membaca.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.045106 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list