CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1780|Reply: 7

[Tempatan] Kerja pembersihan kawasan terjejas bauksit bermula hari ini

[Copy link]
Post time 14-1-2016 09:39 AM | Show all posts |Read mode


Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menjalankan kerja pembersihan di kawasan yang terjejas akibat perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang bermula hari ini.

Menterinya Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mesyuarat Kabinet semalam mengarahkan kementerian menjalankan kerja pembersihan setelah mengambil maklum keluhan dan aduan daripada penduduk tempatan yang terjejas.

Oleh yang demikian, perdana menteri mahu Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Alam Flora Sdn. Bhd segerakan kerja-kerja pembersihan bagi memastikan kawasan yang terjejas untuk pulih seperti sediakala, katanya dalam satu enyataan semalam.

Menurut beliau, kerja pembersihan itu dijangka selesai dalam tempoh sebulan.

Beliau berkata sebanyak 21 anggota bomba dari empat balai dan tujuh jentera berkuasa besar iaitu empat unit fire rescue tender dan tiga unit water tanker akan terlibat dalam kerja pembersihan.

Ia akan melibatkan kerja pembersihan pada papan tanda, papan tunjuk arah, tiang lampu dan pencucian permukaan jalan terutama di jalan yang terjejas teruk; seperti di Jalan Kuantan-Pelabuhan, Jalan Bukit Goh, Jalan Bukit Kuantan, Jalan Sungai Lembing, Jalan Kuantan Bypass, Jalan Gebeng Bypass, Jalan Jerangau Jabor dan Jalan Bukit Sagu-Cherul, katanya.

Beliau berkata Alam Flora Sdn Bhd, syarikat konsesi bagi kerja pembersihan sisa pepejal juga akan turun padang dengan kekuatan 14 jentera (road sweeper, open tipper, vacall catch basin) dan 40 anggota Alam Flora.

"Agensi lain juga akan turut terlibat bagi mempercepatkan kerja pembersihan dijalankan,” katanya.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2016 11:21 AM | Show all posts
seksa nengok udara dlm gmbar tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Bersih bt pe..
Da lma org kuantan hidup mcm ni...
Mb kata tiada yg komplen...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 11:36 AM | Show all posts
yalah tu....siapo tanggung bill..????
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 11:35 PM | Show all posts
Kenapa kementerian pulak yang kena jalankan kerja pembersihan...?
Kalu cenggini makin lemak laa.

Saya ada rumah.
Bila hujan turun dengan lebat, air parit depan rumah akan mengalir masuk dan merosakkan perabot rumah.
Puncanya, pembuangan sisa binaan cara haram oleh Syarikat Tom Dick dan Harry Bersekutu kedalam parit.
Kejadian ini berlanjutan agak lama.
Banyak kali aduan dibuat kepada pihak berwajib tetapi tiada respon positif.

Tiba-tiba isu jadi hangat.
Satu hari, ada pak menteri manatah kata dia akan mengarahkan kerja-kerja membersihkan parit depan rumah saya.
Saya pun WTF...?


Yang benar saya,
Achmad Cunningham



Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
gaji abam bomba sapa bayar?

ujung2 duit rakyat gal lebur..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2016 08:00 AM | Show all posts
pki duit siapa?
duit rakyat seluruh negara atau duit org pahang je? jilake
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni serupa mcm ko berak,pastu suh org lain flush...celaka sgt perangai :
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.100317 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list