CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12264|Reply: 48

Munafik: Filem Dakwah Buat Syamsul Yusof

[Copy link]
Post time 16-1-2016 02:26 PM | Show all posts |Read mode




Oleh : TS LOO



sumber foto : http://www.sinarharian.com.my/





Setelah hampir empat tahun berehat daripada bidang perfileman, pengarah muda, Syamsul Yusof kembali dengan menghasilkan filem terbaharu berjudul Munafik.


Filem yang bakal ditayangkan pada 25 Februari ini tercetus di atas sambutan luar biasa filem seram arahannya sebelum ini, Khurafat.


Bagaimanapun, kata Syamsul, filem seramnya kali ini diselitkan dengan nilai-nilai agama yang menjadikan filemnya itu lebih bermoral.


Menurutnya, objektif menghasilkan filem Munafik adalah supaya filem tersebut dikenang sebagai filem paling seram di negara ini dan akan diingati sampai bila-bila.


"Selain menjadi pengarah, saya sendiri menulis skrip filem dan memegang watak utama sebagai seorang ustaz."


"Jadi pemilihan ayat al-Quran untuk dijadikan dialog dan cabaran menghasilkan babak seram perlu saya tekankan."




Munafik mengisahkan tentang seorang pengamal perubatan Islam bernama Adam lakonan Syamsul, tidak dapat menerima takdir apabila isterinya meninggal dunia.


Adam melalui pelbagai pengalaman pelik apabila dipujuk untuk mengubati seorang wanita bernama Maria lakonan Nabila Huda yang diganggu syaitan- CARI Infonet





Berita selanjutnya: sinarharian.com.my/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2016 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Waahh interesting .
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2016 12:19 AM | Show all posts
menarik....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2016 01:42 PM | Show all posts
harap best..lama dah tak tengok cite hantu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 08:51 AM | Show all posts
terbaik bro....x sbar nak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 11:22 PM | Show all posts
hantu lagi... try wat kisah hantu dari segi saintifik dan quran. ala2 education gitu. ha3
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2016 11:15 PM | Show all posts
tgk trailer dia mcm best
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
aku pun  tak sabar nak tgok movie ni kua panggung...last time khurafat memang terbaik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2016 12:54 PM | Show all posts
dulu filem HIJAB arahan pire andre mmg tiptop..smpai skng ak tgk terasa horror nya..

skng ni dh xda filem yg mcm tu... filem merepek jaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 01:07 PM | Show all posts
toyaq_03 replied at 3-2-2016 12:54 PM
dulu filem HIJAB arahan pire andre mmg tiptop..smpai skng ak tgk terasa horror nya..

skng ni dh x ...
Haku setuju.. HIJAB memang terbaek.. tapi itula last pilem seram melayu haku layan.. serik dah wey.. Khurafat kuar wayang pun haku tak berani dah..hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 03:51 PM | Show all posts
toyaq_03 replied at 3-2-2016 12:54 PM
dulu filem HIJAB arahan pire andre mmg tiptop..smpai skng ak tgk terasa horror nya..

skng ni dh x ...

for me pulak....
1st 10 minutes tu fuh!!...serius...best giler...
i was like mcm ni la patut filem horror generasi baru...
ade something fresh...juicy....u don't know what's going to happen next gituwww...
and part yg they all nk bwk kawan they all berubat tu..that is so malaysian....ok...i like....
xde makna nak celok2...idea filem hollywood sgt...

tp after that...dh mcm a bit predictable and boring...
sbb watak utama tu..die mcm xde life dah....terlalu fokus psl nak hijabkan diri je...
dh x brape scary....but i pun tgk masa siang..so...x tau la effect tgk masa mlm mcm mana...
x same kot..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 05:18 PM | Show all posts
sj nak share idea...
i rs..kalau nak buat filem hantu...i harap 1 day..soon
akan ade la sorg director yg suke buat something yg org lain blum pernah buat...
aka...citer horror..tp hantu die kite x nampak....baru la classy...

ni ikut pengalaman manja sndiri....
pernah gi teman...somebody gi berubat 1st time..
honestly i mmg X NAK pegi...sbb takut..
cause i sndiri pernah nampak...org berubat kat tv je..dh cukup scary...
ape lagi bile pegi tempat berubat ni...

bile i sndiri tahu & paham..org2 yg pegi sana..semua ade masalah dgn makhluk halus ni...
so...masa kat sana...masuk2 je...ade tempat menunggu..kat tempat menunggu tu..ade la pesakit2 lain..
ade jgk..produk2...mcm madu,..myk zaiton...air zam2...yg sudah dibaca ayat syifa..etc..
ade jgk..buku2...tentang jin....cara2 nk berubat etc...

this part je dah spooky...sbb cover buku2 tu...scary jgk la..
eh...syok sndiri je manja ni citer...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 09:08 AM | Show all posts
dah keluar movie nie kan?ade sape2 dah tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 11:01 AM | Show all posts
any review?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
ReviewSaya:

Munafik. Secara keseluruhan, saya kasi empat bintang. Bagi saya, keseraman dia lagi menyengat dari Khurafat, cuma kelemahan dari jalan dan suntingan keseluruhan filem.
Dari segi pengarahan, Shamsul Yusof tidak mengecewakan, tapi dari segi lakonan sangat teruk. Kalau ada Razzie Award kat Malaysia untuk kategori hero filen paling teruk, mungkin beliau boleh menang dengan mudah. Persembahan Nabila Huda terbaik. Mohon untuk filem seram lepas ni arahan Skop Production, seeloknya pelakon lain dipilih sebagai hero. Lontaran suara dan lakonan Shamsul macam budak baru nak belajar berlakon. Dari filem Khurafat lagi, boleh nampak yang Shamsul ni tak boleh berlakon sambil mengarah. Sound efek agak menganggu sebab banyak sangat bunyi kejutan. Mengganggu jalan cerita. Efek kesan khas boleh tahan. Lagi seram dari Khurafat? Ye betul. Lagi bagus dari Khurafat? Tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 10:15 PM | Show all posts
Okey, aku dah tengok petang tadi ni yg aku boleh cakap tentang filem ni. But first of all, aku bagi tahu dulu ya yg aku bukan jenis mudah takut atau terkejut jadi filem ni mungkin bagi impak yg lain dekat korang.

Jalan cerita:
Okey, aku boleh hadam the whole story. Tapi... hmmm... macam mana aku nak explain eh, ada movement2 yg pelakon dalam cerita ni buat tak flow as smooth or as natural as it should be. Ada few scene tu aku cakap dalam hati "eh, dia blah macam tu je", "eh, boleh pulak macam tu", etc. Tapi aku suka ending. Mungkin aku tak terkejut sangat pasal siapa dalang sebenar yg langgar Adam & sebabkan semua benda2 creepy yg jadi kat dia tp part Amir tu memang aku tak sangka. Sebak sikitlah aku masa Rahim Razali bg tahu hal sebenar kat Adam.

And, for your info, tak ada scene bersentuhan langsung dalam filem ni kecuali yg sama jantina. Even masa Adam ajar bini dia mengucap lepas accident tu pun, dia tak pegang atau pangku langsung. Nabila & Sabrina Ali bertudung (atau bertelekung) the whole movie. And the best thing is things doesn't seem to look awkward because of that .

Lakonan;
Tak ada yg outstanding melainkan Nabila. Scene dia kena rasuk tu, superb. She did really well sepanjang filem ni. Aku setuju cakap ferr remy, lakonan Sol teruk. Dia banyak nangis dari awal sampai habis but sorry dude you're not quite there yet. Lakonan, lontaran suara & intonasi Sol ni tak mesra tontonan.

Elemen horror & hantu2:
Aku dah cakap kan yg aku memang jenis tak mudah takut & terkejut, so honestly filem ni tak buat aku seram even sound effect berdegar2. Cuma part Nabila kena rasuk tu buat aku meremang sikit. Tapi korang mungkin boleh rasalah keseramannya sebab dua lelaki yg duduk depan aku ada few kali jugak aku perasan dorang terkejut2 . Mekap hantu2 tu boleh tahan. Cuma ada beberapa kali aje darah palsu yg dicalitkan kat pelakon especially Nabila, nampak benor ketidak-tulen-annya .

Overall, aku boleh bagi 2.7 out of 5 stars aje. It's not bad but it's that good either.
Pergilah tengok sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2016 11:48 AM | Show all posts
Seram? Mmg seram la.Esp part Nabila.superb giler.Part cakap arab n part last masa iblis nak munculkan diri tu.Gila la seram lah.

Lakonan Sol mmg teruk.Cakap mcm baca dialog sgt.

Some scene mcm x smooth dan tergantung.
-Part arwah bini dia datang rumah.tergantung.
-part nabila tiba2 ada kt hospital pastu sepantas kilat ada kat banglo usang.aik?
-part rahim razali hilang,pastu Sol gi loteng atas rumah.tiba2 tukar scene lain dah.wtf?
-part last masa Sol kena heret smpai ke tempat pemujaan.tiba next scene dia ada tingkat atas turun tangga plak??
-editing teruk kan?

-apa2 pon mmg seram.wpon byk scene yg dicopy paste.
-BEST AWARD GOES TO NABILA HUDA
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2016 02:56 PM | Show all posts
ada sapa-sapa nak bagi spoiler tak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2016 05:09 PM | Show all posts
iols ni bukan peminat citer melayu pun .. tapi since mobie ni trending kat sosial media .. so, hari ni terpanggil utk nonton mobie nie ...

bagi iols .. iols amat berpuas hati ngan citer nie ....

mula mula mmg agak slow gak ar .. sekejap citer pasai adam .. then citer pasai maria pulop ... ulang alik ulang alik gitew ar ... tapi biler part maria dah kena rasuk dan adam datang nak mengubat sheols .. the unsur2 seram dah mula nak muncul ... after that, mmg banyak ler babak babak seram here and there ....

sepanjang mobie berjalan .. kat kepala mmg speku macam macam .. sapa ler yang jahat sebenarnya ... apa kaitan maria ngan adam etc. Tapi sumanya terjawab pada babak babak akhir ...

Very the unsungkerable .... expect unexpected yerk ...

Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 08:55 AM | Show all posts
dah tengok juga malam tadi...banyak adengan suspen aku kaburkan pandangan aku bukan sebab takut tengok rupa hantu tapi sebab takut terkejut adengan yang mendebarkan. itu pun banyak kali juga terlepas dari mulut. Nabila boleh dibagi kredit kerana Berjaya membawa watak dengan baik. manakala SOL lak kena banyak belajar lagi lakonan emosi.. Yelah biasa orang berlakon jadi gangster tetiba bawak watak beremosi..lari terus. Babak dalam hospital boleh tahan, babak yang Sol bawak balik mayat pon boleh tahan, terasa keseramannya, adengan tayar bocor kat terowong pun amat suspen.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.065423 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list