|
sumber imej: noobcook
Oleh: Fyruz Hanna
Kali ini, mari cuba masakan ala Cina . Kam Heong membawa maksud 'Golden Fragrance' yang membawa erti masakan yang mewah dan wangi. Masakan ini sebenarnya adalah gabungan antara sambal, rempah kari, sos tiram dan pasti ada cili padi.
Jom Cuba:
Bahan-Bahannya
300 grm lala (dicuci & ditoskan)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari
8 biji cili padi (ditumbuk sedikit)
3 ulas bawang putih(ditumbuk)
8 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 sudu besar udang kering (direndam & ditumbuk)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 biji bawang besar (dipotong 6)
Garam dan Gula secukup rasa
Cara Membuatnya:-
Dalam satu mangkuk, campurkan serbuk kari, sos tiram, kicap cair & kicap pekat sebagai bahan perencah.
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah & bawang putih. Dimasukkan pula udang kering hingga naik bau.
Kemudian masukkan cili padi, daun kari, dan bahan perencah. Kacau hingga sebati.
Tambahkan garam serta gula secukup rasa.
Masukkan lala bersama bawang besar. Kacau rata.Rasa dan jika ok, boleh dihidangkan bersama nasi panas. -CARI Infonet. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|