CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2515|Reply: 6

5 Pantang Larang Ibu Muda Tak Boleh Buat

[Copy link]
Post time 19-1-2016 07:37 PM | Show all posts |Read mode




Oleh Fyruz Hanna


Minggu lepas kecoh sebentar mengenai isu ibu muda yang 'selfie' menyusukan anak.  Ditambah dengan respon daripada Ustaz, perkara tersebut memang mendapat perhatian ramai.


Selain daripada selfie 'breastfeed', sebenarnya ada banyak lagi perkara lain yang tak harus dilakukan oleh ibu muda terutamanya yang sememangnya tidak selaras dengan batas agama.


Bukan mahu menunjuk baik tetapi cukuplah, sesama kita saling mengingati. Diambil daripada Vanillakismis, CARI Infonet kongsikan 5 pantang larang ibu muda:


1. Selfie dengan pakaian tak sopan atau mendedah aurat - Namun ianya tidak salah jika selfie untuk dipertunjukkan kepada suami anda.

2. Berdua bersama lelaki bukan mahram - walaupun suami izinkan tapi fikirkan juga perasaan dan maruah suami. Ia juga boleh undang fitnah, orang lain bukan tahu pun suami anda izinkan.

3. Foto selfie intim atau bermesra dengan pasangan - apatah lagi kalau dalam bilik tidur. Orang tua pesan cerita dalam kamar jangan dikongsi. Tak perlu tunjuk satu dunia anda pasangan romantis. Cukup anda dan pasangan saja tahu.

4. Selfie jelir lidah, jilat bibir - Pose sebegini sebenarnya mengundang kepada perbuatan tidak sopan dan juga terarah kepada simbol seks. Hentikan la menjelir lidah atau mengeluarkan lidah kerana ia bukan hanya tak matang dan sebagai ibu muda anda harus tunjukkan contoh yang baik.

5. Selfie bersama bayi baru lahir - dikatakan bila kita share foto bayi yang baru lahir (0 hingga 40 hari) dikhuatiri bayi akan terkesan dengan gangguan Ain (sihir tanpa jin atau mata jahat).-CARI Infonet.




Baca selanjutnya di :vanillakismis.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2016 04:17 PM | Show all posts
no 5 tu sahih ke..tanya je
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 01:59 PM | Show all posts
rosasen: no 5 tu sahih ke..tanya je


entah lah..zaman sekarang ni slumber je org buat~
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 03:50 PM | Show all posts
6. Melompat bintang di khalayak ramai
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 11:23 PM | Show all posts
No 5 tu kurafat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 11:29 PM | Show all posts
who care, kalau me nak ambil gambar, me ambil gambar,
suka hatilah, but oh coz simpan sendirilah, tak tunjuk
kat public...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2016 02:33 PM | Show all posts
Rasenya selfie bf tu pon dah tau xyah post kat public. Mcm kau lah nk bf kat public mesti kau pakai nursing cover sbb malu org tgk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.045904 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list