CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1763|Reply: 17

[Tempatan] {2} Teksi percuma khas utk pompuan ngandung je !

[Copy link]
Post time 30-1-2016 03:35 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 29 Jan. – Wanita hamil yang menetap di zon Sentul kini tidak perlu lagi khuatir mendapatkan teksi kerana mereka bakal menikmati perkhidmatan tersebut secara percuma bermula Februari ini.

Presiden Kebangsaan Pertubuhan Perkhidmatan Rakyat Malaysia, Datuk P. Gunaseelan berkata, sebanyak 25 buah teksi Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Sentul akan digunakan untuk perkhidmatan tersebut.

Menurutnya, perkhidmatan itu khusus untuk menghantar mereka ke hospital kerajaan atau ke kediaman masing-masing di sekitar zon Sentul.

“Ini merupakan salah satu usaha dalam membantu golongan kurang berkemampuan di kawasan projek perumahan rakyat (PPR) daerah Sentul, kawasan setinggan dan rumah panjang yang populasi penduduknya kira-kira 1.2 juta orang.

“Perkhidmatan ini akan bermula Isnin ini sempena Sambutan Hari Wilayah dan beroperasi­ selama 24 jam,” katanya ketika ditemui dalam majlis Pelancaran Perkhidmatan Teksi Percuma Untuk Wanita Hamil di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sentul Timur di sini hari ini.

Dalam pada itu, Gunaseelan berkata, pihaknya juga bercadang melanjutkan program itu ke beberapa zon lagi pada masa akan datang.

“Kita mendapat maklum balas positif daripada wanita-wanita hamil yang bersetuju perkhidmatan ini kerana di zon Sentul tiada perkhidmatan bas.

“Malah, dalam masa terdekat, pertubuhan kami bercadang berjumpa dengan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar bagi mengemukakan beberapa syor seperti pengecualian cukai jalan dan pemberian permit teksi kepada pemandu teksi yang terlibat dengan program ini,” jelasnya.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Sentul, James Kennedy berkata, pihaknya berbangga apabila dijemput untuk memberikan perkhidmatan tersebut terutama kepada golongan wanita hamil.- Utusan online

p/s lelaki mengandung tolong ke tepi ye...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2016 03:38 AM | Show all posts
P. Gunaseelan (dua dari kanan) bersama pemandu teksi MGR Raghu (dua dari kiri) mempelawa penumpang seorang wanita mengandung menaiki teksi percuma yang dilancarkan di Sentul, Kuala Lumpur, semalam.  UTUSAN/Farid Janudin
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 04:55 AM | Show all posts
"Hari ini saya tolong saudari...esok esok saudari pulak tolong saya ."

"Tolong apa cik jamil?"

"Tolong nye senang aja..."

Bakal bersambung...........
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
So kalau tahan kena tunjuk stick pregnancy test kah..atau perut memboyot baru boleh naik
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Untung laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku boleh bayang kan jenis penipu yang pura2 mengandung penuh kain.dalam baju
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2016 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak tipu pun wat ape.. Setakat nak g spital :zz
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 02:15 PM | Show all posts
harap2 xdelah org ambik kesempatan letak bantal kat perut semata2 nk free. karang xpasal2 byk sgt org nipu smpai kena stop pulak perkhidmatan ni. kesian kat org peknen betol2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2016 02:20 PM | Show all posts
misscendol replied at 30-1-2016 02:15 PM
harap2 xdelah org ambik kesempatan letak bantal kat perut semata2 nk free. karang xpasal2 byk sgt or ...

pemandu teksi boleh check terlebih dulu kadar bukaan rahim penumpang untuk tengok sama ada betul2 dah nak bersalin atau tak
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 02:40 PM | Show all posts
wah untunglaaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 02:43 PM | Show all posts
Syokla kawan2 aku yg mana obesiti perut boroi tu..all the times menipu peknen..aku harap driver cek kad hosp or buku merah sebelum amik penumpang peknen...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
alieyrina replied at 30-1-2016 02:43 PM
Syokla kawan2 aku yg mana obesiti perut boroi tu..all the times menipu peknen..aku harap driver cek  ...



i selalu tersalah sangka dengan dorang ni bila naik tren
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 02:54 PM | Show all posts
dah agak akan ada orang yg ambik kesempatan
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 03:10 PM | Show all posts
Jangan ada orang bantal dan balloon dah lah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 04:46 PM | Show all posts
untung ibu mengandung..
harap2 lama la berlanjutan sevis gini..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 04:57 PM | Show all posts
noor2 replied at 30-1-2016 08:43 AM
Aku boleh bayang kan jenis penipu yang pura2 mengandung penuh kain.dalam baju

Orang akal macam ko aja yang akan menipu cara yang ko sebut, to get free taxi trip....,,


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2016 05:31 PM | Show all posts
perkhidmatan itu khusus untuk menghantar mereka ke hospital kerajaan atau ke kediaman masing-masing di sekitar zon Sentul


mungkin nak mengelakkan salah guna terutamanya drpd penumpang yg mengandung secara pelesu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2016 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus jugak servis ni. dapat2 lak yg memang nak teberanak, mana sempat nak kuar duit dlm dompet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.066593 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list